• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Surat Kelulusan Visa Pelajar Antarabangsa Dilaksana

oleh AK-47
10/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Education Malaysia Global Services (EMGS), anak syarikat milik penuh Kementerian Pendidikan Tinggi, telah melaksanakan sepenuhnya sistem Surat Kelulusan e-Visa (e-VAL) mulai bulan ini bagi membolehkan pelajar antarabangsa mendapatkan visa melalui portal STARS mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua pegawai eksekutif EMGS Prof Datuk Rujhan Mustafa berkata sejajar dengan pelaksanaan perkhidmatan e-Visa oleh Jabatan Imigresen bulan ini, pelajar yang memerlukan visa untuk ke Malaysia, boleh membuat permohonan secara dalam talian bagi mendapatkan visa kemasukan tunggal untuk memudahkan dan mempercepatkan lagi urusan membuat perjalanan ke negara ini.

“Sebanyak 277,000 permohonan lengkap diterima antara 2013 dan 2017, di mana ia diproses dan Surat Kelulusan Visa (VAL) dikeluarkan dalam tempoh tujuh hari bekerja, terima kasihlah atas sokongan dan hasil daripada kerja secara berpasukan dengan Jabatan Imigresen.

“EMGS, dengan sokongan pemegang kepentingan lain, kini bergerak sepenuhnya di atas platform operasi dan pemasaran antarabangsa bagi membantu industri berkenaan mencapai sasarannya mencatat pendaftaran 200,000 pelajar antarabangsa menjelang 2020,” kata Rujhan.

Semalam, syarikat itu menjadi hos mesyuarat Education Malaysia Industry Townhall 2018 yang disertai 180 peneraju pendidikan antarabangsa daripada institusi pendidikan tinggi, pusat kemahiran dan sekolah bahasa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Peserta diberi taklimat tentang maklumat terkini berkaitan permohonan dan pemprosesan visa serta mengikuti dialog terbuka tentang isu semasa, di samping diperkenalkan kepada barisan pengarah Education Malaysia yang baru dilantik bagi pejabatnya di Chicago, Dubai, Jakarta dan Ho Chi Minh City. – BERNAMA

Tags: Visa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Proses Pengesahan Visa Pulih, 150 Pelajar Malaysia Kembali Ikuti Pengajian Di China

Proses Pengesahan Visa Pulih, 150 Pelajar Malaysia Kembali Ikuti Pengajian Di China

30/08/2022
0

BEIJING: Seramai 150 penuntut Malaysia kembali ke China untuk melanjutkan pengajian masing-masing pada pertengahan bulan ini. Ikuti Mynewshub: Telegram Duta Besar...

MOTAC Mahu KDN Pertimbang Pemberian Visa Berganda

MOTAC Mahu KDN Pertimbang Pemberian Visa Berganda

28/07/2022
0

KUCHING - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempertimbangkan pemberian visa kemasukan berganda kepada pelancong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd