• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

23 Pelajar MRSM Gerik Keracunan Akibat Spageti

oleh AK-47
10/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sebanyak 23 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gerik mengalami keracunan makanan selepas menikmati makan malam di asrama, Ahad lepas.

Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi dan Kampung Baru negeri, Datuk Dr. Mah Han Soon berkata, pelajar terbabit yang terdiri daripada 11 lelaki dan 12 perempuan.

Mereka dipercayai mengalami keracunan makanan selepas menikmati sajian spageti daging pada malam itu.

Dr. Mah berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Perak pada pukul 12.45 tengah hari tadi.

“Pelajar berkenaan mengalami gejala ringan dan hanya mendapat rawatan di klinik swasta serta tiada kes yang dimasukkan ke wad,” katanya.

Menurut Dr. Mah punca berlakunya keracunan makanan itu masih dalam siasatan pihak PKD Hulu Perak.

Dr. Mah berkata antara tindakan yang telah diambil oleh PKD setakat ini ialah memberi pendidikan kesihatan kepada pelajar dan warga sekolah serta penutupan dapur asrama di bawah Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988.

Sementara itu, seorang kakitangan di sebuah poliklinik swasta di Gerik yang enggan dikenali berkata 18 pelajar masing-masing sembilan lelaki dan sembilan perempuan berusia 17 hingga 14 tahun telah dirawat di premis itu kira-kira 9 pagi tadi.

“Kesemua mereka hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tiada seorang pun pelajar yang dirujuk ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui Bernama. – BERNAMA

Tags: keracunanMRSM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

27/11/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di sebuah asrama...

Pelajar MRSM Dibuli Senior, 5 Suspek Ditahan

Pelajar MRSM Dibuli Senior, 5 Suspek Ditahan

26/06/2025
0

Besut: Seorang pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di daerah ini cedera di perut, rusuk dan belakang badan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd