• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gila… Lelaki Tegur Warga Asing Tak Pakai Tudung

oleh AK-47
09/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIDEO seorang lelaki mengherdik sebelum memukul wanita dipercayai warga asing gara-gara tidak bertudung pada Sabtu lalu, kini tular menerusi media sosial.

Kejadian pelik yang dirakamkan oleh salah seorang rakan mangsa itu dikatakan berlaku di sebuah perhentian bas awam di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai pengawal keselamatan itu mulanya datang ke hentian bas berkenaan dan menegur beberapa wanita yang tidak bertudung dan berpakaian seksi.

Pada awalnya mereka tidak mengendahkan perbuatan lelaki itu dan menunggu pengangkutan awam seperti biasa.

Namun lelaki itu pula bertindak semakin agresif dan sesekali mengangkat tangan kononnya mahu menampar mangsa yang didakwanya biadab dan menjawab segala tegurannya.

“Lain kali pakai tudung, kalau tak pakai tudung haram, you Islam bukan Kristian.

“Kalau you nak warna rambut macam ni, lebih baik you jadi Kristian,” katanya dalam nada yang tinggi kepada mangsa.

Gagal mengawal diri, lelaki itu menampar pipi mangsa menyebabkan rakan-rakan mangsa mula tampil menghalang lelaki itu daripada terus bertindak keterlaluan.

Mangsa juga menjauhkan diri dari lelaki itu dan menghubungi kenalannya untuk meminta bantuan. Sementara rakan-rakannya yang lain pula cuba hubungi polis untuk datang bantu mereka dari terus diancam lelaki terbabit.

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan lelaki terbabit yang melampau dan keterlaluan dalam menegur sehingga tergamak mencederakan mangsa.

Malah ada yang menyifatkan lelaki terbabit mungkin ‘terencat’ dan tidak waras.

“Jantan tak guna, tak payah nak jual agama. Diri sendiri tak betul, ni bukan nak menegur. Ni nak tunjuk taring depan pompuan… Kalau aku, aku dah hempuk kau pakai batu,” kata Akmalina Roseli.

“Tegur itu tak salah tetapi biarlah beradab. Ini kau nak sekolahlah orang tentang agama tetapi diri sendiri tak ada adab. Sebelum nak tegur, tengok dulu diri sendiri,” tulis Aren Che Kwong. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KristianSeksitudung
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta melihat semula pengiktirafan kepada Majlis Perundingan Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao...

Garis Panduan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Terpakai Di Kawasan Komersial Sedia Ada

Garis Panduan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Terpakai Di Kawasan Komersial Sedia Ada

30/05/2026
0

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memberi jaminan bahawa garis panduan larangan bagi rumah ibadat selain Islam di kawasan komersial di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd