• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kira-Kira RM7 Juta Dadah Dirampas Di Kuching

oleh AK-47
09/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Polis Kuching merampas dadah bernilai kira-kira RM7 juta sepanjang tahun lepas, dengan dadah jenis syabu merekodkan rampasan terbesar, menjangkau hingga RM6.45 juta.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata​​​​​​ ia diikuti dengan pil ekstasi (RM325,715), pil erimin 5 (RM99,580), pil nospan (RM63,790) dan ganja (RM28,056).

Beliau berkata kejayaan itu disebabkan dua faktor utama iaitu peningkatan risikan dan penumpuan pasukan dalam membanteras gejala dadah.

“Sebanyak 1,163 serbuan yang dijalankan tahun lepas dan 1,358 individu ditahan atas pelbagai kesalahan narkotik,” katanya yang ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah di Padang Kawad IPD Kuching.

Sementara itu, sebanyak 43 kes jenayah komersil dicatatkan sepanjang tahun lepas melibatkan penipuan dalam talian seperti ‘Parcel Scam’, ‘African Scam’, ‘Love Scam’ dan ‘Mancu Scam’, yang membabitkan kerugian RM1.6juta serta mangsa yang terlibat terdiri daripada mereka yang berumur antara 25 dan 60 tahun.

Abang Ahmad menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada, tidak mudah tertipu dan jangan terlalu mudah percaya orang yang tidak dikenali. – BERNAMA

Tags: dadah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd