• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Arwah Terjun Ke Sungai Tak Timbul-Timbul”

oleh Ahmad Albab
09/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KUBU BHARU – “Kami panik dan cemas apabila lihat arwah tiba-tiba terjun ke sungai walaupun tahu dia tidak pandai berenang.

“Ketika kejadian, saya turut tenggelam namun sempat diselamatkan abang saya,” kata Muhammad Zaki Rozali, 25, rakan lelaki yang lemas di Air Terjun Lata Kedondong, Batang Kali, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa, Muhammad Akmal Jamil, 26, lemas selepas terjun sungai ketika mandi bersama tiga rakannya di kawasan perkelahan berkenaan.

Mayatnya ditemui di lubuk sungai sedalam tiga meter pada jam 6.10 petang selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Muhammad Zaki berkata, mereka berkunjung ke situ kerana mahu menghabiskan masa cuti bersama.

“Kami tiba jam 2 petang dan memilih ke kawasan air terjun itu yang terletak 1.5 kilometer dari jalan utama.

“Kejadian berlaku selepas sejam berada di kawasan itu apabila arwah terjun dalam sungai.

“Usaha menyelamatkan arwah yang dibantu beberapa orang awam turut gagal,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu dan dituntut ahli keluarga bagi urusan pengebumian di kampung halaman di Kedah.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Penguasa Bomba, Kamil Hamadan berkata, operasi dijalankan pelbagai agensi termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan orang awam bermula jam 4.40 petang kelmarin.

“Mayat mangsa yang dijumpai di dasar lubuk air terjun itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – myMetro Online

Tags: lelakimati lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd