• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belasah Anjing: Ahli Perniagaan Didenda RM8,000

oleh Ahmad Albab
08/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang ahli perniagaan warga Singapura yang videonya memukul seekor anjing bernama Furby menggunakan topi keledar tular dalam media sosial, didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Yee Kok Chew, 57, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah hari ini atas pertuduhan itu yang dibacakan dalam bahasa Inggeris.

Mahkamah turut memerintah Yee, selaku orang kena saman (OKS) dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda itu. OKS kemudian membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa bertindak zalim dengan memukul, menyakiti dan mendera seekor anjing jantan baka Mongrel berwarna coklat putih sehingga mendatangkan kesakitan serta penderitaan tidak wajar terhadap haiwan itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pondok keselamatan, Jalan BK6 E/4 (1), Taman Melody, Bandar Kinrara, Puchong pada pukul 8.49 malam, 2 April 2017.

Dia dituduh mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (Semakan 2006) dan dibaca bersama Akta Binatang (Pindaan 2013) yang boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Jerald Gomez memohon hukuman ringan kerana anjing berkenaan tidak mempunyai kecederaan serius dan kini berada dalam keadaan sihat dan cergas.

“Selepas video kejadian itu tular, OKS telah kehilangan lesen francais dalam perniagaan. OKS juga meminta maaf berhubung tindakannya terhadap anjing itu,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Veterinar, Nabilah Mohammad Zanudin memohon hukuman berat sebagai pengajaran dan amaran kepada OKS dan masyarakat.

“Kesalahan yang dilakukan oleh OKS adalah serius. Hukuman setimpal harus diberikan supaya jenayah sebegini tidak akan berleluasa,” katanya.

Terdahulu semasa mahkamah sedang bersidang, kedengaran bunyi anjing menyalak dan Nabilah memberitahu bahawa anjing itu juga dibawa ke mahkamah hari ini, Majistret Mohamad Ikhwan turut melihat keadaan anjing itu yang dibawa masuk oleh pegawai veterinar.

Mengikut fakta kes, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 2.43 saat melalui laman sosial Facebook Malaysian Independent Animal Rescue menunjukkan seekor anjing jantan jenis Mongrel dipukul berkali-kali menggunakan topi keledar di sebuah kawasan perumahan di Bandar Kinrara, Puchong. – BERNAMA

Tags: Ahli Perniagaananjing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

‘Saya Sudah Agak Tuduhan Ini Akan Dilemparkan’ 

‘Saya Sudah Agak Tuduhan Ini Akan Dilemparkan’ 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan memaklumkan beliau sudah menjangka tuduhan dirinya berdiam diri ketika berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd