• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kikis Perasaan Sentimental Terhadap Tun M

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Penyokong Barisan Nasional (BN) dan anggota UMNO khususnya perlu mengikis perasaan sentimental terhadap Tun Dr. Mahathir kerana bekas perdana menteri itu kini memusuhi parti yang pernah diterajuinya selama 22 tahun.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata dalam konteks politik masa kini, Dr. Mahathir adalah pemimpin parti pembangkang yang memusuhi UMNO.

“Oleh itu, kita kena kikis perasaan sentimental terhadap beliau…lihat juga kelemahan Dr. Mahathir semasa tempoh jadi perdana menteri,” katanya kepada pemberita selepas tamat majlis perhimpunan bulanan perkhidmatan awam negeri dan persekutuan di sini, hari ini.

Azlan berkata perkara yang dilakukan oleh Dr. Mahathir sekarang adalah jauh berbeza dengan yang dilakukannya semasa menganggotai UMNO.

“Berdasarkan fakta, banyak perkara yang dilakukan Dr. Mahathir menyebabkan kerajaan menanggung kerugian besar antaranya kerugian perdagangan matawang asing,” katanya.

Terdahulu, semasa berucap pada perhimpunan itu, Azlan menekankan pentingnya pegawai-pegawai kerajaan turun padang untuk melihat sendiri isu yang berbangkit dan mencari penyelesaian yang betul.

Beliau turut mengingatkan penjawat awam agar berbelanja mengikut kemampuan dan menghindari gaya hidup mewah yang boleh mendorong kepada penyelewengan dan rasuah. – BERNAMA

Tags: Azlan ManTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam untuk menjalani...

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd