• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Polis Antara Ditahan Dalam Makmal Dadah

oleh Ahmad Albab
13/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor antara dua lelaki ditahan di sebuah rumah di Jalan Long Jaafar, Taman Bersatu dekat Taiping di sini, yang dijadikan makmal mini memproses dadah disyaki jenis syabu, Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, pegawai polis berusia 40 tahun berkhidmat dalam Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Sungai Senam di sini, dan seorang suspek utama berumur 34 tahun ditahan di rumah berkenaan pukul 9.30 malam.

Dalam serbuan itu polis merampas pelbagai peralatan memproses dadah antaranya satu paket plastik lutsinar di dalamnya terdapat paket-paket plastik lutsinar kosong, satu botol kaca berwarna coklat berisi cecair dilabel ‘chloroform’, satu botol kaca berisi cecair dilabel ‘cuka buatan’ air dan penimbang digital, katanya.

“Polis turut merampas dadah dipercayai methamphetamine seberat 720 gram dan precasel kafein seberat 25 kilogram. Nilai keseluruhan rampasan adalah RM343,625,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.

“Turut disita sebuah kereta Perodua Viva bernilai RM25,000,” katanya dengan menambah polis sedang mengenal pasti lokasi dadah berkenaan dijual.

Beliau berkata, suspek utama disyaki menagih dadah jenis methamphetamine selama setahun dan terlibat dalam kegiatan memproses dadah sejak dua bulan lepas, selain mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Mengenai anggota polis itu, Paramasivam berkata, polis sedang menyiasat sama ada dia terlibat dalam kegiatan itu.

“Dasar PDRM, kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota terlibat dalam kegiatan jenayah termasuk yang terlibat dalam dadah,” katanya.

Paramasivam berkata, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berterima kasih kepada orang awam kerana sentiasa bekerjasama dengan polis dalam menyalurkan maklumat dan beliau berharap agar ia berterusan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=1EKe9z2m3Ko

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd