• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 3 Individu Terlibat 8 Kes Pecah Rumah

oleh Ahmad Albab
13/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUARAN – Polis menahan tiga individu termasuk sepasang suami isteri, berumur antara 30 hingga 40 tahun yang dipercayai terlibat dalam lapan kes pecah rumah di sekitar daerah Tuaran.

Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Abdul Fuad Rashid Harun berkata dua daripada suspek itu, kedua-duanya lelaki ditahan pada 4 Januari lepas, pukul 7.51 malam ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di Taman Sinar Jaya.

“Unit Kereta Peronda (MPV) polis yang tiba kurang dari lima minit ke tempat kejadian berjaya menahan dua suspek lelaki yang gagal melarikan diri,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran, di sini hari ini.

Abdul Fuad berkata hasil maklumat daripada suspek, seorang wanita warga Filipina turut ditahan di sebuah rumah di Kampung Lapotong, Tamparuli pada jam 11.20 malam, hari yang sama, dan polis menemui beberapa barang dipercayai barang curi.

Katanya antara barangan berkenaan ialah barangan kemas, telefon bimbit, komputer riba, jam tangan dan mesin pemotong kayu dengan nilai keseluruhannya dianggarkan RM10,000.

Beliau berkata kedua-dua suspek lelaki berkenaan didapati positif dadah jenis syabu. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=w7mPmSRYRNs

Tags: perompakpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd