• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertukaran Nelayan Malaysia-Indonesia 11 Januari

oleh Ahmad Albab
07/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pertukaran nelayan Malaysia yang kini ditahan di Indonesia dan nelayan republik itu yang ditahan di Malaysia bagi kesalahan menceroboh kawasan perairan dijangka dilakukan pada Khamis ini, kata Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar.

Ketika diminta mengulas lanjut perkara itu, beliau berkata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dijangka membuat pengumuman berhubung perkara itu.

Nelayan tempatan dinasihatkan berhati-hati bagi mengelak ditahan pihak berkuasa negara lain atas kesalahan menceroboh perairan, katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas perkara itu dan status terkini nelayan Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Terdahulu, Zulkifili menyaksikan penyerahan nota serah tugas oleh Pengarah Maritim Wilayah Selatan Laksamana Pertama Maritim Datuk Adon Shalan kepada penggantinya Laksamana Pertama Maritim Datuk Abu Bakar Idris.

Adon akan bersara wajib pada 9 Jan ini dan Abu Bakar akan menjawat jawatan itu berkuat kuasa pada tarikh sama.

Sebelum ini, enam nelayan Malaysia dilaporkan ditahan di Indonesia manakala 70 nelayan Indonesia pula ditahan di Malaysia atas kesalahan menceroboh kawasan perairan masing-masing ketika menangkap ikan.

Dua hari lepas, Ahmad Shabery dalam satu kenyataan berkata enam nelayan warganegara tempatan itu dijangka dibebaskan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata persetujuan untuk membebaskan nelayan kedua-dua negara itu dicapai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo semasa Rundingan Tahunan Ke-12 Malaysia-Indonesia pada November lepas. – BERNAMA

Tags: APMMNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd