• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Di Pahang Tidak Banyak Berubah

oleh Ahmad Albab
07/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pahang bertambah sedikit kepada 1,301 orang pagi ini berbanding 1,256 orang yang ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi.

Menurut Portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Pekan merekodkan jumlah mangsa paling ramai dipindahkan dengan 923 orang masih ditempatkan di lapan PPS.

“Di Sekolah Sinar Mutiara Sungai Miang terdapat 416 mangsa, Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Keledang (229), SK Temai (109), Balai Raya Kampung Menchupu (65), Pusat Pemindahan Banjir Kampung Pulau Manis (48), Balai Raya Kampung Tanjung Pulai (34), SK Acheh (20) dan dua orang di Balai Raya Kampung Tebat,” menurut portal itu.

Di Maran, seramai 177 mangsa ditempatkan di lima PPS iaitu SM Tengku Ampuan Afzan (28), Mini Estate Machang Gelap (68), Balai Raya Kampung Baru Pertanian (41), SK Pesagi (29) dan SK Serengkam (11).

Di Bera pula, lima PPS yang menempatkan 139 orang ialah SK Kuala Triang (69), SK Charuk Puting (24), Masjid Kampung Mengkarak (19), Masjid Kuala Bera (13) dan Balai Raya Kampung Seberang Guai (14).

Di Kuantan hanya satu PPS yang masih dibuka iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Seri Damai, Kuantan menempatkan 62 orang.

Banjir di Temerloh pulih sepenuhnya dan lima sekeluarga yang ditempatkan di Surau Kampung Lompat telah dibenarkan pulang. – BERNAMA

Tags: BanjirPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd