• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemaman Semakin Pulih, Hanya 948 Mangsa Di 2 PPS

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir di Kemaman semakin pulih dengan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 948 mangsa daripada 207 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 2,270 orang daripada 541 keluarga pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata penurunan mendadak jumlah mangsa banjir itu susulan penutupan tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Kemaman secara berperingkat hari ini.

“Tujuh PPS yang ditutup hari ini ialah Surau Kampung Ban Ho, Kampung Pasir Gajah, Dewan Orang Ramai Felda Seberang Tayor, Sekolah Kebangsaan (SK) Chukai, SK Binjai, Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman dan SK Seri Iman.

“Kesemua 1,322 mangsa banjir daripada 334 keluarga di tujuh PPS itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah air surut hari ini,” katanya.

Pada masa ini, hanya dua PPS masih beroperasi iaitu SK Bukit Mentok yang masih mencatat jumlah mangsa sama seperti pagi tadi sebanyak 843 orang daripada 189 keluarga, manakala Surau Pulau Tempurung masih menempatkan 105 mangsa daripada 18 keluarga.

Che Adam berkata lebih ramai mangsa banjir dijangka dibenarkan pulang ke rumah mereka jika cuaca terus baik sepanjang hari esok.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata hanya satu sekolah masih ditutup esok iaitu SK Bukit Mentok kerana dijadikan sebagai pusat pemindahan mangsa banjir.

“Ia melibatkan 570 murid, 43 guru dan empat anggota kumpulan pelaksana manakala lima sekolah lain yang ditutup pada Khamis lepas telah selesai dibersihkan dan boleh beroperasi seperti biasa mulai esok,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd