• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Empat Anggota ‘Geng Man Kuda’

oleh Ahmad Albab
07/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Empat anggota geng ‘Man Kuda’ yang telibat dalam kegiatan curi kenderaan, pecah rumah dan samun bersenjata parang, ditahan polis dalam serbuan berasingan di Bukit Mertajam dan Kuala Ketil, Kedah semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat, polis menahan dua lelaki berusia 32 dan 34 tahun itu di Taman Bidara di sini kira-kira 6.30 pagi semalam.

“Dua lelaki dikenali sebagai Man Kuda dan Mie Cina itu ditahan ketika mereka sedang cuba mencuri sebuah van di kawasan berkenaan dan kejadian itu disedari pemiliknya sebelum menghubungi polis.

“Susulan penahanan mereka, polis merampas sebuah kereta Toyota Corolla yang menggunakan nombor pendaftaraan palsu. Pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan itu dilaporkan hilang di Gurun, Kedah tahun lepas,” katanya di sini, hari ini.

Penahanan mereka juga membolehkan polis menangkap dua lelaki berusia 24 dan 30 tahun yang juga geng ‘Man Kuda’ di Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil kira-kira 11 malam tadi dan merampas sebuah van Toyota Hiace daripada mereka.

Nik Ros Azhan berkata polis juga merampas pelbagai barangan dipercayai digunakan geng itu bagi menjalankan kegiatan jenayah termasuk spanar, parang, pemotong besi, kuku kambing, kapak besi dan ‘allen key’ yang telah diubah suai.

Beliau berkata siasatan awal mendapati empat lelaki itu, yang positif dadah, terlibat dengan sekurang-kurangnya lima kes jenayah sekitar daerah SPT bagi tempoh lima hari pertama tahun ini selain terlibat kes di beberapa daerah di Pulau Pinang.

Kesemua lelaki itu direman lima hari bagi membantu siasatan, katanya sambil memberitahu bahawa ketua geng berkenaan yang dikenali sebagai ‘Man Kuda’ turut mempunyai 21 rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah lain.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menahan dua lelaki berusia 24 dan 25 tahun yang merupakan anggota geng curi motosikal dan pengedar dadah di Kampung Bukit Teh, Machang Bubok di sini, semalam.

“Mereka ditahan setelah dilihat dalam keadaan mencurigakan semasa menunggang sebuah motosikal Yamaha 125Z…mereka juga cuba melarikan diri sehingga berlakunya pergelutan,” katanya.

Beliau berkata polis yang memeriksa mereka turut menemukan sebungkus dadah heroin dan syabu bernilai RM10,000 selain siasatan mendapati mereka terlibat kes curi motosikal. – BERNAMA

Tags: Geng Samun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Geng Samun Alza Biru Tumpas

10/10/2018
0

PULAU PINANG - Kumpulan samun yang digelar Geng Alza Biru tumpas selepas tiga ahli termasuk ketuanya ditahan polis dalam operasi...

Polis Tumpas Geng Rohingya Aktif Jenayah Samun

27/08/2018
0

SEREMBAN – Polis menahan lima suspek warga Rohingya dipercayai aktif melakukan jenayah samun dan pecah rumah di empat buah negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd