Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

APMM Terengganu Pertingkat Rondaan...

KUALA TERENGGANU –​ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menjangka lebih banyak bot...

Pegawai Perhilitan Ditetak Pencuri...

KUANTAN - Seorang anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ditetak...

Lelaki Temui ‘Mumia’ Duduk...

MOSCOW - Mayat seorang lelaki dipercayai meninggal dunia lapan bulan lalu ditemui dalam...

Guna Telefon Pintar Untuk...

KEMAMAN - Aplikasi telefon pintar bukan sahaja dapat memaklumkan perkembangan terkini tentang isu...

Geng Samun Alza Biru Tumpas

PULAU PINANG – Kumpulan samun yang digelar Geng Alza Biru tumpas selepas tiga ahli termasuk ketuanya ditahan polis dalam operasi pagi tadi.

Kumpulan berkenaan yang memakai topeng ketika menyamun dipercayai terlibat dalam 15 kes jenayah di negeri ini, Kedah dan Perak.

Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Datuk Zainol Samah berkata, ketua kumpulan berkenaan yang berusia 57 tahun ditahan di kawasan parkir di Sungai Petani, Kedah pukul 4.30 pagi.

Ujarnya, pada 13 September lepas, kumpulan berkenaan memecah masuk sebuah kediaman di Kubang Semang, Permatang Pauh dan mengikat mangsa.

“Mereka yang bersenjata pisau kemudian mengambil wang tunai RM9,000, enam set telefon bimbit, komputer riba dan melarikan kereta Perodua Alza milik mangsa sebelum meninggalkan kenderaan itu di berhampiran masjid yang terletak kira-kira empat kilometer (km) dari situ, “ katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Zainol, kumpulan itu kemudian melarikan diri dengan menggunakan sebuah kereta Perodua Alza yang lain.


“Dua lagi anggota kumpulan berkenaan diberkas di sekitar Kuala Ketil, Kedah, pagi tadi,” katanya.

Beliau memberitahu, polis turut merampas 10 set telefon pintar, sembilan utas jam, sebilah pisau, serta wang tunai berjumlah RM1,400.

“Ketua kumpulan berkenaan yang berusia 57 tahun baharu sahaja dibebaskan daripada penjara dua bulan lalu dan mempunyai 36 rekod jenayah dan dadah,” katanya.

Beliau memberitahu, polis kini melancarkan gerakan memburu dua lagi anggota kumpulan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Kategori