• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Johor Pastikan Calon Fokus Khidmat Untuk Rakyat

oleh Ahmad Albab
06/01/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor akan memastikan calon dipilih bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) merupakan tokoh setempat yang fokus berkhidmat untuk rakyat dan bukan sekadar untuk memastikan kemenangan parti.

Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa menegaskan perkara itu berkata ini berikutan calon setempat lebih memahami kehendak dan keperluan penduduk kerana setiap kawasan berdepan cabaran berbeza.

Beliau berkata ini berbeza dengan pendekatan parti pembangkang yang tidak kisah meletakkan calon dari luar untuk bertanding asalkan kemenangan berpihak kepada mereka.

“Tambah memeritkan lagi, setelah memenangi kerusi ditandingi, wakil rakyat pembangkang itu kemudiannya hanya pandai membangkitkan isu-isu berkaitan negara sahaja dan melupakan khidmatnya kepada masyarakat setempat.

“Ini bermakna daripada awal lagi, (pembangkang) sudah beritahu kepada masyarakat setempat bahawa orang (calon) yang bertanding sememangnya tiada niat hendak bersama-sama dengan masyarakat pada setiap masa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata BN sentiasa memastikan calon yang dipilih merupakan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat dan sehubungan itu berharap rakyat mengundi calon BN pada pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor merasmikan majlis penyerahan Subsidi Tambang Bas Sekolah 2018 Pasir Gudang, di Taman Scientex, di sini.

Program Subsidi Tambang Bas Sekolah inisiatif Yayasan Pasir Gudang (YPG) itu memanfaatkan seramai 800 pelajar daripada lebih 600 keluarga pada tahun ini.

Mereka merupakan pelajar daripada keluarga berpendapatan bulanan RM4,000 ke bawah dan sebanyak RM141,956 diperuntukkan oleh YPG bagi menjayakan program itu tahun ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembinaan Kapal LCS Ikut Jadual, Penyerahan Pertama Disember 2026 – Khaled Nordin

Pembinaan Kapal LCS Ikut Jadual, Penyerahan Pertama Disember 2026 – Khaled Nordin

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kemajuan projek Littoral Combat Ship (LCS) berada pada tahap memuaskan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin...

Letupan Dron Berhampiran Markas UNIFIL, Semua Anggota Tentera Malaysia Selamat

Letupan Dron Berhampiran Markas UNIFIL, Semua Anggota Tentera Malaysia Selamat

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan mengesahkan satu insiden letupan dipercayai melibatkan dron tidak dikenali berlaku berhampiran kawasan Markas Pasukan Interim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd