• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPNB Akan Bina 8,000 Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

oleh Ahmad Albab
07/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Mesra Sdn Bhd akan membina 8,000 Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) termasuk 5,000 rumah khusus untuk generasi kedua Felda seluruh negara tahun ini.

Pengerusinya Datuk Mohamad Hasnan Che Hussin berkata syarat pemilikan rumah berkenaan juga akan dipermudahkan bagi memberi peluang kepada rakyat memiliki rumah sendiri.

“Ini termasuk kemudahan pinjaman yang disediakan SPNB dengan syarat yang lebih longgar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Dokumen Pinjaman dan Serahan Sijil Kelayakan Subsidi RMR1M Peringkat Parlimen Kota Bharu di sini, hari ini.

Mohamad Hasnan berkata setakat ini SPNB mengeluarkan pinjaman RM1.2 bilion untuk membantu rakyat memiliki rumah dan kutipan pinjaman itu diuruskan melalui anak syarikat berkenaan iaitu SPNB Dana,” katanya.

Seramai 37 permohonan baharu Sijil Kelayakan Subsidi RMR1M diluluskan pada majlis tersebut.

Mohamad Hasnan berkata bagi menjayakan pembinaan rumah dengan kos RM60,000 sebuah itu SPNB melalui SPNB Edar Sdn Bhd berusaha mendapatkan bahan pembinaan dengan harga lebih rendah terus daripada pembekal melalui kaedah subsidi.

Sementara itu, katanya pihaknya berjaya menyiapkan pembinaan 6,023 rumah RMR1M di seluruh Kelantan tahun lepas.

Beliau berkata setakat ini tiada tindakan penarikan balik rumah dilakukan pihaknya kerana langkah penstrukturan semula pembayaran pinjaman disediakan bagi pemohon yang bermasalah. – BERNAMA

Tags: SPNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sasar 65,000 Rumah Mampu Milik Menjelang 2018

24/05/2016
0

KUALA LUMPUR - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyasarkan membina 65,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara menjelang 2018,...

SPNB Terima 81,206 Permohonan RMR1M Sejak 2002

20/03/2016
0

MERSING - Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) telah menerima sebanyak 81,206 permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) sejak program itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd