• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPNB Terima 81,206 Permohonan RMR1M Sejak 2002

oleh Ahmad Albab
20/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MERSING – Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) telah menerima sebanyak 81,206 permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) sejak program itu diperkenalkan pada 2002 sehingga 29 Feb lepas.

Pengerusi SPNB Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata daripada jumlah itu, sebanyak 38,147 permohonan telah diluluskan.

“Sebanyak 34,902 rumah telah disiapkan, 2,193 lagi masih dalam proses pembinaan manakala 1,052 permohonan dalam peringkat dokumen perjanjian.

“Sementara itu, sebanyak 24,360 permohonan telah ditolak dan 18,699 permohonan masih diproses,” katanya pada majlis penyerahan Sijil Kelayakan dan Inden Kerja RMR1M, di sini, semalam.

Abd Latiff, yang juga Ahli Parlimen Mersing berkata bagi Johor sahaja, sebanyak 10,818 permohonan diterima dengan 5,319 daripadanya telah diluluskan.

“Sehingga kini, sebanyak 4,702 rumah telah siap dibina, 535 unit lagi sedang dalam peringkat pembinaan dan 82 sedang dalam peringkat dokumen perjanjian.

“Sebanyak 2,843 permohonan ditolak disebabkan tidak mematuhi syarat kelayakan dan 2,656 pemohon masih dalam senarai menunggu,” katanya.

Terdahulu, Abd Latiff menyampaikan Sijil Kelayakan (subsidi) berjumlah RM20,000 kepada 29 pemohon yang layak dan Inden Kerja RMR1M kepada 10 kontraktor terpilih.

Program RMR1M diperkenalkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti petani dan keluarga kurang berkemampuan yang masih belum memiliki rumah kekal atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah yang sesuai untuk pembinaan rumah sendiri yang sempurna dan selesa. – BERNAMA

Tags: SPNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPNB Akan Bina 8,000 Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

07/01/2018
0

KOTA BHARU - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Mesra Sdn Bhd akan membina 8,000 Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) termasuk...

Sasar 65,000 Rumah Mampu Milik Menjelang 2018

24/05/2016
0

KUALA LUMPUR - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyasarkan membina 65,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara menjelang 2018,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd