• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang Tiri Patah Hati, Potong Telinga Kekasih Adik

oleh
07/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki telah bertindak di luar kawalan apabila dia dengan sengajanya telah membunuh kekasih kepada adik tirinya sendiri.

Kejadian tragik itu dilaporkan telah berlaku di wilayah Sulawesi, Indonesia tetapi tidak dinyatakan bilakah tarikh sebenarnya insiden berlaku.

Pergaduhan berpunca daripada sikap baran si abang tiri yang dalam diam telah menaruh hati kepada adik tirinya sendiri namun terpaksa dirahsiakan perasaan itu kerana adiknya sudah ada kekasih hati.

Dalam masa yang sama menurut sepupu suspek sendiri, Andi Awank memberitahu pihak media tempatan Indonesia bahawa motif pembunuhan hanya disebabkan cemburu dan tidak berpuas hati terhadap mangsa.

Sebelum kejadian berdarah itu berlaku, adik suspek bersama-sama mangsa telah berkunjung ke Pulau Kondo untuk bersiar-siar dan mereka turut bermalam di sana.

Akibat berang apabila mengetahui mereka berdua telah menginap di sana, suspek telah menghubungi adiknya itu namun tiada jawapan.

Keesokan harinya suspek dengan terburu-buru telah menyusul ke kepulauan tersebut dengan bertujuan untuk menyerang mangsa.

Akibat api kemarahan yang melampau, suspek telah menyerang mangsa dengan menggunakan parang yang dibawanya.

Walaupun mereka sempat bergelut seketika namun keadaan mangsa yang parah setelah ditetak pada bahagian leher belakang itu langsung rebah ke tanah dan telinganya turut putus akibat ‘dimakan’ oleh parang yang dihayun suspek.

Mangsa sempat dirawat di hospital berdekatan tetapi disahkan meninggal dunia selepas beberapa jam.

Pihak polis masih lagi menyiasat kejadian itu dan suspek sudah pun ditahan bagi siasatan lanjut.

Setelah mendapat beberapa info, didapati suspek merupakan pendatang asing yang telah merantau ke kampung halaman adiknya. – MYNEWSHUB.CC/AH

*Video sekadar hiasan…

Tags: telinga
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Cikgu Piat Telinga Anak Saya Sampai Koyak”

27/05/2018
0

BENTONG - Hanya kerana pergi ke tandas dalam masa yang agak lama, seorang murid tahun tua cedera pada bahagian telinga...

Sembilan Hari Lipas Tinggal Dalam Telinga

08/05/2018
0

NGERI... Seorang wanita di Florida, Amerika Syarikay mengalami pengalaman ngeri selepas telinganya dimasuki lipas selama sembilan hari sebelum keseluruhan serangga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd