• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bosan Lama Tunggu Dalam Pesawat, Lepak Di Sayap

oleh
07/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADRID – Seorang penumpang Ryanair dari London, Britain ke Malaga di selatan Sepanyol, yang bosan menunggu di dalam pesawat itu sebaik tiba, bertindak keluar dan duduk di atas sayap.

“Kami tunggu kira-kira sejam setengah untuk keluar dari pesawat. Lelaki itu tenang berjalan ke pintu kecemasan, membukanya, kembali ambil beg sandangnya dan keluar untuk duduk di atas sayap,” kata Fernando del Valle.

Saksi insiden tersebut yang merupakan penumpang kapal terbang itu berjaya merakamkan gambar eksklusif kejadian berkenaan pada 3 Januari lalu dan kemudian menyiarkannya menerusi laman Facebook milik beliau.

Rakaman terbabit turut menunjukkan aksi bersahaja seorang lelaki yang tidak diketahui identiti dirinya kelihatan cukup santai berjalan di atas sayap pesawat, meletakkan begnya sebelum duduk bersebelahan beg itu.

Media Sepanyol melaporkan lelaki warga Poland berusia 57 tahun itu kemungkinan besar tidak sabar menunggu lama dalam pesawat penerbangan FR8164 tersebut selepas mendarat kira-kira jam 11 malam waktu tempatan.

“Juruterbang tergamam. Dia tanya siapakah yang keluar selamba berjalan di atas sayap,” kata del Valle. Lelaki yang tidak didedahkan pengenalannya itu segera ditahan, kata Ryanair dalam kenyataan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: RyanairsayapSepanyol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pedro Sánchez: Pemimpin Eropah Yang Tegas Menentang Kezaliman, Teguh Bersama Palestin

Pedro Sánchez: Pemimpin Eropah Yang Tegas Menentang Kezaliman, Teguh Bersama Palestin

18/04/2026
0

Oleh Mynewshub Dalam landskap politik global yang sering dipenuhi kepentingan kuasa besar dan diplomasi berhati-hati, muncul seorang pemimpin Eropah yang...

Sepanyol Tarik Balik Duta Ke Israel Secara Kekal

Sepanyol Tarik Balik Duta Ke Israel Secara Kekal

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub  MADRID – Kerajaan Sepanyol dilaporkan mengambil langkah tegas apabila menarik balik duta negaranya dari Israel secara kekal, sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd