• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Lelaki Diberkas Disyaki Pengedar Dadah

oleh AK-47
05/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis memberkas tiga lelaki tempatan dalam tiga serbuan berasingan di kawasan daerah Kota Kinabalu dan daerah Penampang serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM42,425.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata dalam serbuan antara jam 11 pagi hingga jam 4 petang semalam, antara dadah yang dirampas dari ketiga-tiga suspek berumur antara 32 hingga 42 tahun ialah 347 biji pil eekstasi, 32 paket (403.5gram) serbuk jus disyaki mengandungi dadah, lima biji pil Erimin Five dan lima gram ganja.

“Dua daripada tiga suspek didapati positif dadah manakala seorang daripada semua suspek pula mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut dirampas daripada suspek ialah sebuah kereta dianggarkan bernilai RM20,000 dan wang tunai RM1,000.

Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 11 Jan ini.

“Hasil kejayaan ini membuktikan pihak polis khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik sentiasa komited dalam usaha membenteras penyeludupan dan pengedaran dadah di negara ini. Pihak polis merakamkan terima kasih kepada masyarakat yang selama ini menjadi mata dan telinga dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah di sekeliling mereka,”katanya. -BERNAMA

Tags: ACP M.Chandra
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gavin Terima Lanjutan Tiga Tahun Tajaan Maybank

Next Post

Pemandu Teksi Ditahan Disyaki Samun Guna Pistol

Related Posts

Polis Tahan 8 Wanita Warga China ‘Ops Noda’

07/12/2017
0

KOTA KINABALU - Lapan wanita warga China dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran ditahan dalam serbuan di sebuah premis pusat urut di...

6 Wanita Mangsa Pemerdagangan Diselamatkan

24/08/2017
0

KOTA KINABALU - Polis berjaya menyelamatkan enam wanita warga Filipina semalam daripada mangsa pemerdagangan orang untuk eksploitasi seks. Ketua Polis...

Next Post

Pemandu Teksi Ditahan Disyaki Samun Guna Pistol

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd