Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Konflik Fasha, Nora Sebab...

PRESIDEN Seniman, Zed Zaidi percaya persengketaan yang berlaku antara pelakon Fasha Sandha dan Nora...

Khloe Kardashian Tidak Puas...

MESKIPUN hidup serba glamor dan mewah, nyata perkara itu tidak memberikan sepenuh kegembiraan...

Bekas Editor Berita TV3...

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan bekas ketua editor berita TV3,...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak kekal seramai 38 orang daripada sembilan...

Tiga Lelaki Diberkas Disyaki Pengedar Dadah

KOTA KINABALU – Polis memberkas tiga lelaki tempatan dalam tiga serbuan berasingan di kawasan daerah Kota Kinabalu dan daerah Penampang serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM42,425.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata dalam serbuan antara jam 11 pagi hingga jam 4 petang semalam, antara dadah yang dirampas dari ketiga-tiga suspek berumur antara 32 hingga 42 tahun ialah 347 biji pil eekstasi, 32 paket (403.5gram) serbuk jus disyaki mengandungi dadah, lima biji pil Erimin Five dan lima gram ganja.

“Dua daripada tiga suspek didapati positif dadah manakala seorang daripada semua suspek pula mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut dirampas daripada suspek ialah sebuah kereta dianggarkan bernilai RM20,000 dan wang tunai RM1,000.


Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 11 Jan ini.

“Hasil kejayaan ini membuktikan pihak polis khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik sentiasa komited dalam usaha membenteras penyeludupan dan pengedaran dadah di negara ini. Pihak polis merakamkan terima kasih kepada masyarakat yang selama ini menjadi mata dan telinga dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah di sekeliling mereka,”katanya. -BERNAMA

Kategori