• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPV Selamatkan Lembu 3 Penternak Terperangkap Banjir

oleh Ahmad Albab
05/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) hari ini membantu memindahkan kira-kira 80 ekor lembu milik tiga penternak yang terperangkap berikutan banjir di sekitar kawasan ladang ternakan haiwan itu di Kampung Tanjung Medang di sini.

Ketua Bahagian Kesihatan Veterinar Pahang Noraihan Mohd Yasin @ Muhammad berkata seramai enam pegawai dan kakitangan JPV negeri terlibat dalam operasi yang bermula sejak 8 pagi tadi setelah ditangguhkan beberapa kali hingga petang ini berikutan keadaan air semakin dalam.

“Kita terpaksa mendirikan pagar sementara terlebih dahulu di tepi jalan untuk memindahkan kesemua ternakan terlibat sebelum ia dibawa ke ladang ternakan esok dan operasi kali ni berhadapan sedikit kesukaran kerana bilangannya yang banyak selain air yang agak dalam,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pada setiap tahun JPV juga bersedia menghadapi bencana banjir seperti agensi lain dengan mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Haiwan Semasa Bencana negeri.

“Kita bertindak atas pemantauan dan siasatan yang dilakukan selain berdasarkan aduan yang diterima daripada penternak yang mengalami sebarang masalah berkaitan,” katanya.

Dalam pada itu, Noraihan turut mengingatkan penternak agar peka dengan persekitaran pada musim banjir terutamanya bagi kes yang berulang (kawasan biasa dilanda banjir) serta dapat memaklumkan keadaan ternakan mereka lebih awal supaya pihaknya dapat mengambil tindakan segera.

Seorang penternak Mazlan Ali berkata air naik dengan cepat sejak pagi semalam sehingga dua lagi rakan penternaknya tidak sempat mengalihkan ternakan mereka.

“Kami berterima kasih kepada pihak veterinar kerana membantu menyelesaikan masalah ternakan yang terperangkap akibat paras air naik dengan mendadak,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirLembu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd