• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Charlie Hebdo Edisi Khas Caci Rasulullah SAW 3 Juta Naskhah

oleh
14/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Teruja selepas memperoleh lebih lima juta sokongan dari seluruh dunia menerusi laman Twitter bertajuk #Je Suis Charlie, penerbit akhbar mingguan kontroversi Perancis, Charlie Hebdo itu tampaknya lebih bersemangat menghina agama Islam.

Terbaharu agensi berita antarabangsa AFP melaporkan pihak pengurusan Charlie Hebdo dijangka mencetak tiga juta naskhah edisi khas pasca insiden serangan berdarah untuk keluaran 14 Januari ini, berbanding kebiasaan cuma kira-kira 60,000 naskhah.

Akhbar satira biadap berpusat di Paris itu bakal meletakkan pada muka hadapan edisi istimewa tersebut paparan karikatur kononnya Nabi Muhammad SAW sedang memegang kad dengan ayat bertulis ‘Je suis Charlie’ atau bermaksud ‘Saya ialah Charlie’.

Petugas Charlie Hebdo sibuk menyiapkan keluaran khas akhbar itu pada 14 Januari 2015 yang memaparkan Nabi Muhammad SAW turut menyokong prinsip kebebasan bersuara mingguan satira popular tersebut. – Gambar hiasan

Ayat itu merujuk kepada kempen agresif anjuran beberapa organisasi media antarabangsa sebagai tanda simpati kepada tragedi pada 7 Januari lalu yang mengorbankan 10 petugas Charlie Hebdo termasuk ketua pengarangnya, Stephane Charbonnier.

Turut terbunuh ialah dua anggota polis Perancis manakala 11 orang lagi cedera apabila dua rakyat tempatan menyerang nekad pejabat akhbar tersebut di Rue Serpollet di sini sebelum kedua-dua suspek berjaya ditembak mati beberapa hari kemudian.

Untuk keluaran terkini pada Rabu ini, ketua editor baharu, Gerard Biard dibantu oleh enam wartawan yang juga kartunis iaitu Catherine Meurisse, Patrick Pelloux, Antonio Fischetti, Renald Luzier, Willem Babouse dan Zineb El Rhazoui.

Lebih menarik, buat julung kali Charlie Hebdo edisi istimewa itu akan dicetak dalam 16 bahasa untuk diedarkan ke seluruh dunia pada harga biasa 3 euro (RM12.60), namun hanya terbit sebanyak lapan muka surat berbanding biasanya 16 halaman.

Ketua editor baharu Charlie Hebdo, Gerard Biard (kiri) menggantikan Stephane Charbonnier yang terbunuh semasa serangan pengganas Islam pada 7 Januari 2015 dalam mempertahankan dasar akhbar satira terus menghina agama Islam. – Gambar hiasan

Charlie Hebdo edisi khas 14 Januari ini akan guna tajuk ‘Le choix de Mohammed’ bermaksud ‘Pilihan Muhammad’ kononnya Rasulullah SAW juga memilih akhbar mingguan itu yang memperjuangkan kebebasan bersuara atas nama hak asasi manusia.

Meskipun dikecam masyarakat Islam seluruh dunia, akhbar pelampau haluan kiri yang diterbitkan sejak 1970 itu mendapat geran €1 juta (RM4.2 juta) daripada kerajaan Perancis ekoran serangan bersenjata paling tragik dalam sejarah negara tersebut.

Turut memberi sumbangan ialah Yayasan Akhbar Inovasi Digital Google sebanyak €250,000 (RM1.05 juta) Yayasan Pluralisme Akhbar Perancis juga €250,000 dan Kumpulan Media The Guardian Britain sejumlah £100,000 (RM536,245). – Agensi

Tags: Charlie HebdoislamNabi MuhammadPerancis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengapa tidak buat kenyataan minta siasat kuil haram dan laporan kewangan setiap kuil haram? Demikian persoalan dibangkitkan...

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung melahirkan rasa kesal apabila kes melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd