• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Diserang Sawan, Mangsa Kedua Banjir Pahang

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang remaja yang terjatuh ke dalam air separas lutut di Kampung Tiram di sini, dipercayai akibat serangan sawan menjadi mangsa kedua banjir di Pahang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata mangsa Muhammad Al Asyraf Danial Mohd Al Asadi, 17, ditemukan di hadapan sebuah rumah di Lorong Anggerik, kampung itu pada 1 pagi tadi.

Beliau berkata mangsa difahamkan ke rumah rakannya di situ dan membuat keputusan untuk berjalan kaki pulang ke rumah keluarganya yang terletak berhampiran.

“Mangsa dipercayai diserang sawan menyebabkan dia terjatuh, bagaimanapun tiada siapa yang melihat kejadian itu hingga penduduk kampung menemukan mayatnya.

“Mereka menghubungi bomba yang kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afazan (HTAA), yang mana dia disahkan sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.

Semalam, Muhammad Faris Aqeel Mohd Afif, 7, menjadi korban pertama banjir Pahang tahun ini, selepas mayatnya ditemukan dalam longkang di sawah padi berhampiran rumahnya di Kampung Padang Jaya, Sungai Lembing di sini. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd