• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Gurau Undur Diri, Kata Timbalan Presiden FAM

oleh
04/01/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Titah Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tular semalam apabila secara mengejut mahu melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak (FAM) mungkin sekadar gurauan.

Perkara itu didedahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi ketika ditemui pihak media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, andai titah Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu benar-benar serius dengan apa yang dilafazkan baginda, ia seumpama ‘wake up call’ buat semua Exco FAM untuk bekerja dengan lebih keras.

“Saya pun ada lihat rakaman video itu dan percaya ada TMJ mungkin mahu gurau dan memang saya anggapnya sebagai gurauan. Namun jika baginda benar-benar maksudkan perkara itu saya fikir ia adalah ‘wake-up call’.

“Ia untuk semua Exco agar bekerja lebih keras. TMJ adalah individu yang paling layak bawa FAM ke dimensi baharu dan saya percaya semua Exco perlu berganding bahu bersama beliau demi meningkatkan mutu bola sepak negara.

Baca: TMJ Harap Ada ‘Superman’ Ganti Jadi Presiden FAM

“Pada masa sama, saya percaya mungkin ada pihak tertentu yang sengaja memburukkan atau menanam kebencian terhadap TMJ sebab golongan tersebut tidak menyukai baginda sebagai presiden FAM,” kata Mohd. Yusoff.

Semalam TMJ memberi bayangan bahawa baginda akan meninggalkan FAM tidak lama lagi selepas memuat naik rakaman video menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers yang berdurasi selama 4:17 minit.

Dalam rakaman video tersebut Tunku Ismail dalam nada ceria memberi bayangan tidak akan menyandang jawatan Presiden FAM untuk jangka masa panjang bahkan mungkin melepaskan jawatan tersebut pada 2018 atau 2019.

Baginda malahan secara berjenaka mengharapkan agar jawatannya itu bakal diisi oleh adi wira terkenal Superman sebagai ayat simbolik merujuk kepada keupayaan individu berkenaan cukup hebat serba serbi dalam FAM.

Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) turut menggesa semua pihak agar tidak terlalu memberi tekanan kepada Tunku Ismail, sebaliknya memberi sokongan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: FAMTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd