• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Tertinggi BN Bincang Persiapan PRU-14

oleh Ahmad Albab
04/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan perjuangan menjuarai isu-isu rakyat antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam tadi, kata pemimpin parti-parti komponen.

Bagaimanapun, mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyentuh soal agihan kerusi kepada setiap komponen parti dan senarai muktamad calon BN, menurut mereka.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata mesyuarat tersebut berjalan lancar namun segala perincian mengenai jumlah kerusi yang bakal diagihkan kepada komponen akan ditentukan kemudian.

“Tiada tarikh pilihan raya dibincangkan…secara umum mengenai persediaan (bagi pilihan raya). Nanti kita bincang lagi, kita ada masa lagi,” kata Menteri Pertahanan tersebut.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata senarai calon bagi semua parti komponen telah diserahkan kepada Najib dan terpulang kepada beliau untuk memuktamadkannya.

Liow, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata parti komponen BN lebih bersatu dan bersedia dengan rapi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Teo Chee Kang berkata isu berkenaan rakyat dan pilihan raya dibangkitkan dan dibincangkan dalam suasana baik, harmoni dan secara konsensus.

Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Entulu Belaun pula berkata mesyuarat turut menekankan soal kebersamaan BN dalam menghadapi PRU14 termasuk persiapan yang perlu dibuat setiap parti komponen.

Senada dengannya, pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata komponen parti bersepakat untuk bekerja kuat bagi memastikan kemenangan BN pada PRU14.

Turut hadir Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. – BERNAMA

Tags: Barisan NasionalPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Memasuki beberapa hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa isu utama mula mendominasi ceramah dan kenyataan...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd