• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Pencarian MH370 Minggu Depan – Liow

oleh Ahmad Albab
04/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan kini dalam fasa terakhir rundingan sebelum menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana syarikat yang berminat dalam operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang hampir empat tahun lepas.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata maklumat lanjut mengenai perkara itu akan diumumkan minggu depan.

“Kita akan umum minggu depan, mereka (syarikat pencarian) boleh menggerakkan kapal mereka sebaik sahaja butiran rundingan dimuktamadkan. Australia dan China mungkin akan terbabit sama dalam misi pencarian itu,” katanya.

Liow, yang juga presiden MCA, berkata demikian kepada pemberita sebelum menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Beliau mengulas laporan portal berita antarabangsa yang mendakwa pencarian MH370 akan bersambung selepas dihentikan Januari tahun lepas dan kerajaan Malaysia telah mengenal pasti sebuah syarikat pencarian dari Amerika Syarikat bagi mengetuai misi itu.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.

Pencarian pesawat Boeing 777 itu yang dilakukan di selatan Lautan Hindi dihentikan pada Januari 2017 setelah ia gagal ditemui. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong LaiMH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd