• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejutan Bagi Peminat Rajinikanth Sabtu Ini

oleh Ahmad Albab
04/01/2018
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Kemunculan bintang filem terkenal India, Rajinikanth pada Sabtu ini di program Natchathira Vizha 2018 yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini dijangka akan membawa beberapa kejutuan berkaitan filem terbarunya “Robo 2.0.”

Bendahari Persatuan Artis India Selatan (SIAA), Karthi Sivakumar, yang tidak mahu mendedahkan apakah yang dimaksudkannya dengan kejutan tersebut hanya berkata:

“Kejutan tersebut berkaitaan filem ‘Robo 2.0’ yang menampilkan Superstar Rajinikanth, selain banyak lagi kejutan lain menanti rakyat Malaysia dalam acara tersebut.”

Beliau berkata demikian pada sidang media berkaitan dengan program Natchathira Vizha 2018 yang merupakan sebuah pesta hiburan melibatkan 300 artis India dan Malaysia, termasuk Rajinikanth dan Kamal Haasan.

Pesta itu yang menghimpunkan lebih 30,000 penonton, akan bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam, dan ia bukan sahaja mengetengahkan acara hiburan tetapi juga perlawanan kriket dan bola sepak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara tetamu kehormat yang dijangka hadir pada acara yang dianjurkan oleh SIAA dengan kerjasama MyEvents International serta dengan sokongan Malaysia Major Events, anak syarikat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyEvents International, Shahul Hameed Dawood berkata sebanyak 30,000 tiket yang berharga serendah antara RM10 dan RM30 telah dijual setakat ini.

Pada sidang media tersebut, Naib Presiden Univeristi Limkokwing, Datuk Tiffanee Marie Lim pula memgumumkan universiti memperuntukan biasiswa berjumlah RM10 juta kepada SIAA atau lebih dikenali sebagai Nadigar Sangam, dan RM2 juta untuk artis tempatan.

“Biasiswa ini bagi mengalakkan anak seni India dan Malaysia menerokai lebih banyak dalam bidang hiburan terutamanya bidang perfileman,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata biasiswa tersebut tidak hanya kepada tertumpu kepada kursus berkaitaan perfileman, tetapi terbuka kepada lebih 200 kursus yang ditawarkan di universiti tersebut.

Selain kehadiran pelakon-pelakon terkenal India, acara tersebut akan turut disertai oleh enam pengarah muzik terkenal negara itu iaitu Harris Jayaraj, Anirudh Ravichandran, Srikanth Deva, GV Prakash, Tamman dan Imman serta penyanyi Karthik, Haricharan, Swetha Mohan, Ranjith, Naresh Iyer dan Chinmayee. — BERNAMA

Tags: Rajinikanth
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Ini Janggut Rajinikanth Bukan Taliban” – KJ

10/04/2019
0

"INI bukan janggut Taliban, tuan-tuan. Ini janggut Rajinikanth (pelakon terkenal India),” kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin semasa berucap dalam...

2 Penyanyi Nasyid Nyanyi Tamil Untuk Rajinikanth

11/01/2019
0

UNIK... Dua penyanyi nasyid Malaysia diberi peluang nyanyi lagu Tamil bertajuk Ullala dari Petta, iaitu filem terbaharu lakonan legenda filem Tamil, Rajinikanth,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd