• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Lancar Portal Rasmi BN ‘theRakyat’

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan theRakyat, yang merupakan portal rasmi Barisan Nasional (BN), untuk pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Dilancarkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, portal yang boleh dilayari menerusi laman therakyat.com itu antara lain mempunyai segmen seperti temu bual, majalah, analisis, ‘e-rakyat’, infografik, galeri, ‘soundtrack‘ dan manifesto yang menggunakan ciri-ciri terkini dalam memastikan mesej yang disampaikan lebih dinamik dan menarik.

Selain itu, portal yang menggunakan slogan ‘Dahulukan Rakyat’ itu akan memaparkan profil dan maklumat mengenai calon BN yang akan bertanding pada PRU14 selain menjadi platform untuk rakyat mengetahui rancangan dan janji BN untuk Malaysia bagi tempoh lima tahun akan datang.

Segmen temu bual memuatkan program Bicara 4 Mata yang mengutarakan pelbagai isu rakyat dan isu semasa seperti ekonomi, sosial, politik dan kemanusiaan.

theRakyat merupakan kesinambungan kepada ‘bulletin e-rakyat‘ yang dilancarkan Najib pada 29 Mac lepas. Ia turut boleh diakses di laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd