• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Dijangka Bertanding Di Parlimen Shah Alam

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin masing-masing dijangka bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam dan Parlimen Hulu Langat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menurut sumber, nama mereka dan dua kerusi Parlimen berkenaan dikemukakan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya (JPR) Pakatan Harapan (PH) Negeri Selangor di sini. hari ini.

Pada PRU13, kedua-dua kerusi itu dimenangi PAS yang ketika itu masih bersama-sama pakatan pembangkang.

“PKR mungkin bertanding di kedua-dua kerusi itu namun ia masih dalam perbincangan dan memerlukan persetujuan semua rakan komponen PH,” katanya.

Mohamed Azmin yang juga timbalan presiden PKR kini penyandang kerusi Parlimen Gombak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa manakala Zuraida penyandang kerusi Parlimen Ampang.

Pada PRU13, kerusi Parlimen Shah Alam dimenangi calon PAS Khalid Abdul Samad; kini Parti Amanah Negara (PAN) selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Zulkifli Noordin dengan majoriti 10,939 undi, sementara kerusi Parlimen Hulu Langat dimenangi Che Rosli Che Mat juga daripada PAS yang mengalahkan calon BN, Adzhaliza Mohd Nor dengan majoriti 17,267 undi.

Sementara itu, Pengarah JPR Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata keputusan untuk menentukan parti daripada komponen PH yang akan bertanding di kesemua 25 kerusi DUN Selangor sandangan PAS dan BN akan ditentukan akhir bulan ini.

Beliau berkata keempat-empat parti komponen PH iaitu DAP, PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih lagi berbincang sebelum memuktamadkan pembahagian kerusi.

Pengarah Pilihan Raya PPBM Selangor, Datuk Abdul Rashid Ansari berkata calon daripada parti berkenaan tidak akan semata-mata tertumpu untuk bertanding di kerusi yang ditandingi calon UMNO sebaliknya menerima mana-mana kerusi yang sewajarnya.

Selangor mempunyai 56 kawasan DUN, dengan DAP menguasai 14 kerusi, PKR dan PAS masing-masing 13 kerusi, BN 12 kerusi dan Amanah serta Bebas, masing-masing dua kerusi. – BERNAMA

Tags: Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd