• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Masih Digantung Isu Kes Kad Merah 4 Dekad Lalu

oleh Ahmad Albab
04/01/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui bahawa beliau telah digantung seumur hidup daripada menyertai mana-mana kejohanan bola sepak di negeri ini akibat dilayangkan kad merah dalam final liga tempatan, 40 tahun dahulu.

Pada 1977, Mohamad, yang ketika itu mewakili Negeri Sembilan Malays telah mengasari G. Torairaju, pemain kebangsaan ketika itu yang bermain untuk Negeri Sembilan Indian di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS), terlebih dahulu dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan.

“Kemudian saya membantah, saya sepak bola kat dia (pengadil) dan terkena dia dan dia tunjuk kad merah dan saya rampas kad dari tangan pengadil dan baling lalu tersangkut di atas pokok masa itu di padang NS. Saya ingat lagi keputusan seri 1-1.

“Itu perlawanan saya yang terakhir secara rasmi tapi main-main biasa itu adalah…masa itu final NS Malays lawan NS Indian, masa itu liga tempatan cukup hebat dan Torairaju masa itu main untuk Malaysia dan saya kata: “I want to retire Torairaju from football”,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan pemberita mengenai tular kisah hidupnya yang dilayangkan kad merah oleh pengadil di media sosial baru-baru ini.

Mohamad, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), berkata sekitar tujuh atau lapan tahun lepas, terdapat usul daripada anggota majlis persatuan itu untuk menamatkan penggantungannya, namun ditolak.

“Saya masih digantung walaupun saya jadi Presiden PBNS. Ada usaha untuk menamatkan pengantungan tersebut, tapi saya tidak mahu sebab saya memang salah pun…saya layak dibuang padang dan digantung seumur hidup.

“Itu cerita lama…masa itu liga tempatan cukup bagus, kemudian diambil alih oleh liga Dunhill. Saya bermain di posisi pertahanan,” katanya.

Mohamad digantung seumur hidup oleh PBNS dan penggantungan itu hanya berkuat kuasa di liga di Negeri Sembilan sahaja, ketika itu. – BERNAMA

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Gambar Ini Rare, Anak Raja Duduk Kerusi Plastik” – Netizen

“Gambar Ini Rare, Anak Raja Duduk Kerusi Plastik” – Netizen

12/06/2026
0

KOTA TINGGI – Sekeping gambar memaparkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bersama anakandanya, Raja Muda Johor, Tunku Iskandar menikmati...

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd