• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jam Rolex, Beg Tangan Berjenama Dicuri Dari Rumah

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Beg berjenama Fendi, Chanel dan Hermes serta jam tangan Rolex antara barangan berharga yang dilarikan dalam kejadian pecah rumah di Bandar Baru Tambun di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata kerugian keseluruhan yang dialami mangsa, seorang peniaga wanita berumur 41 tahun, dianggar kira-kira RM175,000.

“Beberapa barangan dalam beg tersebut, pasport antarabangsa milik mangsa turut dicuri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa 8.20 malam tadi, wanita itu memaklumkan dia keluar rumah kira-kira pukul 9 pagi dan telah memeriksa rumahnya berada dalam berkunci.

“Apabila pulang ke rumah kira-kira pukul 6.30 petang (hari yang sama) dia mendapati pintu pagar sebelah telah rosak dan senget manakala jeriji tingkap dan pintu telah dipotong.

“Mangsa turut menjumpai pemotong besi, batang besi panjang, sarung tangan dan beg berwarna merah yang ditinggalkan suspek di rumahnya,” katanya.

Dalam kes berasingan, Mohd Ali berkata seorang peniaga mengalami kerugian RM120,000 apabila rumahnya di Taman Buntong Mutiara di sini yang dijadikan tempat menyimpan barangan telah dipecah masuk.

Katanya mangsa memaklumkan barangan yang dibawa lari termasuk telefon bimbit, jam tangan berjenama Guess, jongkong emas seberat 400 gram yang dibeli untuk tujuan perniagaan.

Beliau berkata suspek dipercayai memecah masuk rumah tersebut melalui pintu utama (sliding door) kerana terdapat kesan umpil pada pintu tersebut.

“Apabila mangsa memeriksa setiap bilik, dia mendapati kipas di bilik tetamu masih berpusing manakala barang miliknya serta isteri di bilik utama telah dibungkus dengan plastik hitam dan diletakkan di atas tilam serta lantai,” katanya.

Menurut Mohd Ali, kali terakhir mangsa keluar dari rumah itu adalah pada malam Isnin (1 Jan) dan mangsa tidak mengesyaki sesiapa yang memecah masuk rumahnya.

“Rumah pengadu tidak mempunyai rakaman kamera litar tertutup dan tiada saksi bebas yang lihat kejadian. Bagaimanapun polis telah mengesan satu cap jari,” katanya sambil menambah kedua-dua kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan curi.- BERNAMA

Tags: pecah rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

16/06/2025
0

KAJANG – Polis sedang memburu sekumpulan lima lelaki yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah di sini pada Sabtu lalu. Ketua...

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

03/12/2024
0

BATU PAHAT: Wanita etnik Rohingya yang baru habis berpantang dan memiliki 54 rekod jenayah termasuk kes pecah rumah didakwa bersama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd