• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Anggota Polis Trafik Cedera Dirempuh

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dua anggota polis trafik yang sedang memberi bantuan kepada sebuah kenderaan yang mengalami kerosakan di kawasan susur masuk berhampiran Hotel Sama-Sama, Sepang dekat sini, cedera setelah kenderaan tersebut dirempuh kenderaan lain dalam satu insiden awal pagi ini.

Kedua-dua anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu iaitu Lans Koperal Suzaili Mohd Marzuki, 31, dan Lans Koperal Abd Mutalib Ismail, 40, cedera di bahagian kepala dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu.

Menurut jurucakap polis, kereta yang mengalami kerosakan itu dirempuh dari belakang oleh sebuah van yang menyebabkan kereta itu maju ke hadapan dan terkena dua anggota polis trafik berkenaan.

Jurucakap polis itu berkata pemandu van tersebut telah ditahan untuk siasatan.

Kedua-dua anggota polis trafik berkenaan dirawat di Hospital Putrajaya. Keadaan mereka dilaporkan stabil. – BERNAMA

Tags: kemalanganpolis trafik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Enam Termasuk Bayi Maut Nahas SUV Bertembung Lori Tanah Di Sungai Petani

Enam Termasuk Bayi Maut Nahas SUV Bertembung Lori Tanah Di Sungai Petani

07/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SUNGAI PETANI – Enam individu termasuk seorang bayi berusia enam bulan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti...

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd