KES kecurian dialami oleh jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri masih lagi belum selesai walaupun footage video yang berjaya dirakam telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Dua hari lepas, Aliff telah memuat naik satu video yang satu-satunya menjadi saksi kes kecurian beg miliknya ketika berada di Sepanyol pada akhir tahun lalu.
“Tengok part last. Ramai kata ini gimik lah apa lah. Ni saya kasi video si pencuri tu. Jenuh juga nak cari video ni.
“Video ni secara kebetulan pengurus peribadi saya yang rakam dan wajah pencuri yang bertopi itu telah di zoom,” tulisnya di ruangan caption gambar tersebut.

Di pertengahan rakaman video tersebut, jelas menunjukkan lelaki berkenaan seperti mencari sesuatu dalam keadaan yang resah.
Tak lama selepas itu, dia terus menarik beg milik Aliff dan berlalu pergi segera dengan harapan tiada sesiapa yang dapat mengesan kerja jahatnya itu.

Akibat kecurian itu, Aliff telah kehilangan wang tunai berjumlah RM20,000, kad pengenalan dirinya, kad kredit serta jam tangan jenama Cartier yang berharga lebih daripada RM100,000.
Sebelum ini, jutawan kosmetik itu juga ada memuat naik sekeping gambar suspek di akaun Instagram miliknya dengan harapan si pencuri itu akan dapat ditangkap oleh pihak berkuasa.
Baca: Demi ‘Abang Nak Tegur’, Aliff Rugi Cecah Jutaan Ringgit

Dalam masa yang sama, Aliff turut berharap agar orang awam dapat membantu untuk mengesan pencuri tersebut kerana difahamkan lelaki tersebut merupakan orang Malaysia.
“Jika sesiapa yang dapat mendapatkan penjenayah ini, saya akan berikan saguhati kepada anda.
“Saya harapkan sokongan daripada orang ramai dan semoga anda boleh beri kerjasama,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, masih ada lagi netizen yang menganggap bahawa apa yang terjadi itu merupakan gimik semata-mata demi mendapatkan perhatian daripada netizen. – MYNEWSHUB.CC/AH

