• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliff Muat Naik Video Jelas Si Pencuri Beg Di Sepanyol!

oleh
04/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KES kecurian dialami oleh jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri masih lagi belum selesai walaupun footage video yang berjaya dirakam telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Dua hari lepas, Aliff telah memuat naik satu video yang satu-satunya menjadi saksi kes kecurian beg miliknya ketika berada di Sepanyol pada akhir tahun lalu.

“Tengok part last. Ramai kata ini gimik lah apa lah. Ni saya kasi video si pencuri tu. Jenuh juga nak cari video ni.

“Video ni secara kebetulan pengurus peribadi saya yang rakam dan wajah pencuri yang bertopi itu telah di zoom,” tulisnya di ruangan caption gambar tersebut.

Di pertengahan rakaman video tersebut, jelas menunjukkan lelaki berkenaan seperti mencari sesuatu dalam keadaan yang resah.

Tak lama selepas itu, dia terus menarik beg milik Aliff dan berlalu pergi segera dengan harapan tiada sesiapa yang dapat mengesan kerja jahatnya itu.

Akibat kecurian itu, Aliff telah kehilangan wang tunai berjumlah RM20,000, kad pengenalan dirinya, kad kredit serta jam tangan jenama Cartier yang berharga lebih daripada RM100,000.

Sebelum ini, jutawan kosmetik itu juga ada memuat naik sekeping gambar suspek di akaun Instagram miliknya dengan harapan si pencuri itu akan dapat ditangkap oleh pihak  berkuasa.

Baca: Demi ‘Abang Nak Tegur’, Aliff Rugi Cecah Jutaan Ringgit

Dalam masa yang sama, Aliff turut berharap agar orang awam dapat membantu untuk mengesan pencuri tersebut kerana difahamkan lelaki tersebut merupakan orang Malaysia.

“Jika sesiapa yang dapat mendapatkan penjenayah ini, saya akan berikan saguhati kepada anda.

“Saya harapkan sokongan daripada orang ramai dan semoga anda boleh beri kerjasama,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, masih ada lagi netizen yang menganggap bahawa apa yang terjadi itu merupakan gimik semata-mata demi mendapatkan perhatian daripada netizen. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: aliff syukribegHILANGpencuriSpain
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Syaitan Munafik, Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit...

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

04/01/2026
0

Shah Alam: Wanita tempatan dilapor hilang selepas melawat suaminya yang dirawat di Hospital Shah Alam (HSA), semalam. Ketua Polis Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd