• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Orang Terkandas Di Hutan Berekit, Lipis

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seramai 15 individu termasuk dua kanak-kanak yang mengikuti aktiviti rekreasi di Hutan Pasir Berekit, Sungai Kechau di Lipis, terkandas selepas gagal keluar berikutan paras air sungai berkenaan yang naik mendadak.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azry Akmar Ayob berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh guru, Amir Rosdan Ramli, 38, yang mengetuai kumpulan tersebut pada pukul 8 malam tadi.

Katanya, Amir Rosdan membuat laporan di balai polis Padang Tengku selepas berjaya keluar dari hutan itu dengan menumpang bot penduduk kampung yang secara kebetulan datang memancing di kawasan sama.

“Kumpulan itu memasuki kawasan hutan pada Sabtu lalu untuk memancing dan aktiviti rekreasi namun difahamkan sehingga semalam, semua perancangan itu tidak dapat dilaksanakan ekoran hujan.

“Pengadu mengambil keputusan untuk keluar dan meminta pertolongan kerana bimbang jika berlaku perkara tidak diingini memandangkan paras air yang semakin naik,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Azry Akmar berkata untuk ke Hutan Berekit mengambil masa selama kira-kira 45 minit dari jalan utama dalam keadaan cuaca baik.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah bermula sejak 9.30 malam, namun terpaksa dihentikan pada pukul 1 pagi tadi ekoran keadaan cuaca dan persekitaran yang berbahaya.

Operasi disambung pada pukul 9 pagi tadi melibatkan 29 pegawai dan anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Ini merupakan kejadian kedua terkandas akibat kenaikan paras sungai di Pahang, selepas lima pemancing diselamatkan pihak berkuasa di Sungai Lembing di sinipetang semalam selepas terkandas selama dua hari di Lubuk Keliu. – BERNAMA

Tags: hutanpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd