• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Di Pahang Bertambah Buruk

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Keadaan banjir di Pahang semakin buruk apabila mangsa banjir meningkat kepada 1,884 orang daripada 543 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 1,331 orang daripada 375 keluarga, malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusof berkata, Pekan merupakan daerah terbaru dilanda bencana itu dengan pusat pemindahan pertama dibuka 1 pagi tadi di Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya Nenasi, menempatkan 52 orang daripada 13 keluarga.

“Kuantan merupakan daerah paling teruk terjejas dan menempatkan mangsa paling ramai iaitu 1,258 orang daripada 373 keluarga yang kini berada di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).

“Di Rompin sehingga kini terdapat 574 orang mangsa daripada 157 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Zainal, jumlah mangsa paling ramai yang ditempatkan di daerah ini ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abdul Samad iaitu 267 orang daripada 65 keluarga diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau (263 orang 71 keluarga).

Dewan Orang Ramai di Kampung Seri Damai pula menempatkan 156 orang daripada 66 keluarga, SMK Paya Besar (121 orang, 28 keluarga), Dewan Orang Ramai Jaya Gading (116 orang, 53 keluarga), SMK Pandan (98 orang 28 keluarga), Balai Raya Kampung Tiram (87 orang 21 keluarga), SK Kampung Padang (63 orang, 20 keluarga).

Di Dewan Jabatan Pengairan dan Saliran pula, menempatkan 34 orang daripada lapan keluarga, Balai Raya Kampung Pahang (25 orang, enam keluarga), Balai Raya Kampung Paya Bungor (24 orang, lima keluarga) dan SMK Sungai Lembing (empat orang, dua keluarga),” katanya.

Zainal berkata di Rompin, tujuh PPS yang beroperasi ialah Balai Raya Kampung Setajam yang menempatkan 178 orang daripada 49 keluarga, SK Sarang Tiong Kuala Rompin (159 orang, 37 keluarga), SMK Pontian Jaya (85 orang, 24 keluarga) dan Dewan Kampung Pianggu (71 orang, 24 keluarga).

Balai Raya Kampung Sepayang pula menempatkan 61 orang daripada 16 keluarga, Balai Raya Teluk Gading (15 orang, lima keluarga) dan Balai Raya Kampung Mikang (lima orang, dua keluarga).

Sementara itu, laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan dua batang sungai telah melepasi bacaan paras bahaya iaitu di Stesen Sungai Lepar @Jambatan Gelugor 30.34 meter dan Stesen Sungai Belat di Sri Damai 5.83m.

Empat lagi stesen menunjukkan bacaan paras amaran iaitu di Stesen Sungai Pahang @Paloh Hinai (9.78m), Sungai Tembeling di Kuala Tahan (67.73m), Sungai Pahang di Sungai Yap (51.95 m) dan Sungai Kuantan di Pasir Kemudi (7.84m). – BERNAMA

Tags: BanjirPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd