• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Beranak Pecah Amanah RM4.58 Juta

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Bekas setiausaha dan seorang pengarah Unit Pentadbiran Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (MISDC) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, semalam atas 84 pertuduhan pecah amanah membabitkan RM4.58 juta.

Zamrud Mansor, 77, dan anaknya Hazizul, 44, masing-masing dituduh atas 42 pertuduhan.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan ke atas mereka dibacakan jurubahasa mahkamah secara berasingan di depan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, Zamrud yang ketika itu menjawat jawatan Setiausaha MISDC didakwa melakukan pecah amanah dengan membuat pembayaran RM4.3 juta kepada syarikat MISDEC Resources Sdn Bhd dan RM280,000 lagi kepada tujuh syarikat pembekal lain atas pelbagai urusan.

Manakala Hazizul pula didakwa atas 42 pertuduhan kerana bersubahat dengan bapanya melakukan pecah amanah.

Semua kesalahan itu dilakukan mereka di Taman Perindustrian Batu Berendam antara Mac 2014 hingga Jun 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwaan Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Irwan Shah Abdul Samat, mencadangkan mahkamah menetapkan jaminan RM500,000 bagi setiap tertuduh.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork merayu mahkamah mengurangkan jumlah jaminan atas alasan Zamrud menghidap masalah jantung, manakala Hazizul pula masih bekerja di MISDC selain perlu menanggung isteri serta dua anak masih kecil.

Selepas mendengar hujah kedua-kedua pihak, Norma menetapkan tertuduh diikat jamin RM250,000 setiap seorang dan mereka perlu melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran setiap bulan sehingga kes selesai. – myMetro Online

Tags: pecah amanahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd