• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keadaan Banjir Di Terengganu Tidak Banyak Berubah

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Keadaan banjir di Terengganu yang masuk hari ketiga tidak banyak berubah dengan 333 mangsa daripada 110 keluarga masih berada di beberapa pusat pemindahan setakat 8 pagi ini berbanding 343 mangsa (114 keluarga) malam tadi.

Menurut laporan portal Info Banjir, dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) kini dibuka di daerah Kemaman dan Dungun menjadikan jumlah keseluruhan tujuh PPS beroperasi ketika ini.

Mangsa paling ramai ialah di Dungun iaitu 256 orang (93 keluarga di tiga PPS) manakala di Kemaman terdapat 77 orang (17 keluarga di empat PPS).

Di Dungun, jumlah mangsa yang berada di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Shukor kekal tidak berubah iaitu 175 orang (61 keluarga) manakala di Dewan Orang Ramai Pasir Raja pula, jumlah mangsa kekal 77 orang (31 keluarga).

PPS yang baharu dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Minda Talong kini menempatkan empat sekeluarga.

Di Kemaman pula, Dewan Orang Ramai Teladas menempatkan 24 mangsa (empat keluarga), Surau Haji Othman di Kampung Seberang Tayor Hulu (18 orang – lima keluarga), Surau Kampung Ban Ho di Air Putih (23 orang – empat keluarga) manakala PPS yang baru dibuka iaitu di Kampung Pasir Gajah menempatkan 12 mangsa (empat keluarga).

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata dua sekolah ditutup hari ini kerana digenangi air iaitu SK Pasir Raja di Dungun melibatkan 63 murid dan 17 guru serta SK Pasir Gajah di Kemaman melibatkan 213 murid dan 23 guru.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Lt Kolonel Che Adam A Rahman berkata ketika ini hujan renyai dan sesekali lebat di hampir kebanyakan daerah di Terengganu dan ia dijangka berterusan sehingga esok. – BERNAMA

Tags: BanjirTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd