• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Ini Kawal Trafik Ala Moonwalk Michael Jackson

oleh
04/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Tugasnya sebagai polis trafik. Namun gerak-gerinya ala raja pop terkenal Amerika Syarkat, Michael Jackson yang sekali gus turut menarik perhatian orang ramai di jalan raya.

Ranjeet Singh membuat pengguna jalan tertoleh-toleh apabila beliau berjalan mengikut gaya ‘moonwalk’ di persimpangan yang sibuk, bagi mengelak beca dan lori di tengah Indore, India yang dihuni dua juta penduduk.

“Saya sudah menjadi peminat Michael Jackson selama bertahun-tahun dan meniru gaya ‘moonwalk’ itu untuk menghentikan trafik lebih 12 tahun lalu,” kata Ranjeet memberitahu agensi berita antarabangsa AFP.

“Pada awalnya orang ramai mungkin agak terkejut tetapi cara ini berkesan sepanjang beberapa tahun ini malah menjadi popular,” kata beliau yang kini menjadi fenomena apabila aksikanya turut tular dalam kalangan netizen.

“Tugas mengawal trafik di tengah-tengah pencemaran bunyi dan pengguna jalan raya yang cuai amat memenatkan tetapi ‘moonwalk’ yang saya lakukan membuatkan pengguna jalan raya untuk terhibur,” kongsi Ranjeet.

Beliau bahkan menjadi sensasi menerusi media sosial di seluruh dunia dengan hampir 50,000 orang yang mengikuti kegiatan hariannya terutama aksi tarian ketika bertugas di jalanan melalui laman Facebook.

Lelaki itu juga berkata jumlah kesalahan trafik di persimpangan beliau bertugas sudah kurang. Sebuah universiti di India bahkan meneliti cara itu untuk mengetahui sama ada ia menyumbang kepada pengurangan kesalahan trafik.

Jalan raya di India terkenal dengan kesesakan teruk. Para pemandu, yang terpaksa berdepan dengan trafik sesak dan lampu isyarat yang rosak, sering melepaskan kemarahan mereka ke atas polis yang mengawal keadaan.

Ranjeet malahan berkata sebahagian pemandu yang masih berusia muda di India juga terkorban akibat kecuaian mereka sendiri ketika memandu kenderaan di jalan raya dan situasi tersebut amat membimbangkan polis.

“Saya sudah mengendalikan lebih 40 mayat orang muda akibat kemalangan dalam tempoh beberapa tahun lalu dan saya berasa sedih. Saya hanya mahu anak-anak muda terus pastikan keselamatan dan mematuhi syarat,” katanya.

Rakan-rakan Ranjeet pada awalnya berasa kurang pasti apabila beliau menggunakan cara yang pernah dipopularkan oleh Michael Jackson untuk mengurus trafik. Namun mereka kini sudah boleh menerima cara unik berkenaan.

Malah sekarang, beliau sendiri sekarang mengajar ramai pegawai polis trafik yang lain untuk aksi ‘moonwalk’ sekali gus mewujudkan barisan pelapis untuk menghiburkan pengguna jalan raya terutama pemandu yang tertekan.

“Ibu bapa saya pun bangga dengan saya kerana melaksanakan tugas bersungguh-sungguh dan menggunakan cara yang inovatif iaitu melibatkan gaya ala Michael Jackson,” tambah Ranjeet. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IndiaMichael Jacksmoonwalk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd