• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Sesak Nafas Kebakaran Di Klang

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang lelaki maut setelah tempat sembahyang di rumah teres dua tingkat yang didiami terbakar dalam satu kejadian di Jalan Dato Yusuf Shahbudin, Taman Sentosa, Klang hari ini.

Mangsa, Sang Lai Wah, 58, dipercayai lemas di tempat kejadian akibat terhidu asap kebakaran itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Andalas, Penolong Kanan Penguasa Bomba A. Romzi Abu berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 7.53 pagi dan tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

“Siasatan mendapati mangsa yang tinggal bersendirian ketika kejadian, lemas dipercayai terhidu asap kebakaran yang bermula di tempat sembahyang rumahnya itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mangsa ditemui terbaring dengan keadaan berselimut atas katil berdekatan dengan tempat ibadat itu yang jaraknya kira-kira lima meter dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Azmi Osman, berkata tiada sebarang kecederaan dan kesan kebakaran ditemui pada tubuh mangsa dan lelaki itu dipercayai mengalami sesak nafas.

Bagaimanapun, katanya, pengesahan punca kematian akan dibuat oleh polis setelah selesai proses bedah siasat. – BERNAMA

Tags: kebakaranlelaki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

05/11/2026
0

MELAKA - Satu rakaman video memaparkan kekecohan melibatkan seorang lelaki yang didakwa mirip calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi...

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

30/10/2026
0

Oleh Mynewshub Dua Singapura dan satu Korea Selatan turut dinamakan JAKARTA: Di sebalik desakan sesetengah pihak di Indonesia yang menuding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd