• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Tak Mengaku Salah Perdagang Wanita

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan memperdagangkan seorang wanita Indonesia dengan eksploitasi bekerja secara paksa, awal bulan lepas.

G.David, 51, dan isterinya, A. Indra Ganthi, 50, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim.

Kedua-dua mereka didakwa bersama-sama memperdagang wanita berumur 60 tahun itu bagi maksud mengeksploitasi kerja secara paksa di sebuah rumah di Taman Sri Putri, Skudai, di sini, kira-kira 2.30 petang, 4 Dis lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir menawarkan jaminan RM50,000 setiap seorang, namun, peguam Tharamjit Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan dikurangkan dengan alasan kedua-dua tertuduh mempunyai tiga anak berumur 19, 15 dan 11 tahun.

Mohammad Khalid kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM5,000 seorang dengan seorang penjamin. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

16/10/2026
0

KUALA PILAH – Penghayatan terhadap solat perlu diterjemahkan melalui akhlak yang baik, sikap menghormati hak sesama manusia serta menjauhi kesombongan,...

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

16/10/2026
0

SEREMBAN - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, secara terbuka menegur Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd