• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isa Tidak Cadang Buat Sidang Media Isu Tanah Felda

oleh Ahmad Albab
31/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata beliau tidak bercadang untuk mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi memberi penjelasan berhubung isu pemindahan hak milik tanah agensi berkenaan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Katanya ini kerana beliau tidak mahu timbul sebarang salah faham dan salah anggapan mengenai isu tersebut.

“Kalau nak cari gaduh, bolehlah, tapi kita tidak hendak cari gaduh,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas majlis penyampaian beg sekolah kepada 49 orang murid dalam program ‘Kembali ke Sekolah’ anjuran Yayasan Pelajaran Mara dengan kerjasama Pemuda UMNO Bahagian Telok Kemang di Sekolah Kebangsaan Intan Perdana di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bahawa Polis Diraja Malaysia akan memanggil beliau untuk memberi keterangan pada minggu depan berhubung isu tersebut, Mohd Isa berkata beliau tidak mengetahui perkara itu.

“Saya tak tahu…setakat ini saya belum dipanggil polis. Kalau dipanggil saya sedia beri kerjasama. Kalau polis panggil, saya akan maklumkan kepada media….orang pertama yang akan saya beritahu ialah media,” katanya. – BERNAMA

Tags: FeldaIsa Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz

Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan terdapat 'tangan ghaib' menghalang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor...

Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Gelaran Tan Sri Isa Samad

Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Gelaran Tan Sri Isa Samad

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menarik balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd