• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rapid Rail Lancarkan Set Kereta Api 4 Gerabak

oleh Ahmad Albab
31/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rapid Rail Sdn Bhd, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melancarkan tren empat gerabak pertamanya, hasil cantuman set dua gerabak menerusi projek Mid-Life Refurbishment (MLR).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zohari Sulaiman berkata tren empat gerabak itu akan memastikan keselesaan dan waktu menunggu singkat untuk penumpang bersama ciri-ciri tambahan.

“Setelah menamatkan sesi ujian 2,000 kilometer dan pentauliahan bagi perkhidmatan dan menampilkan ciri-ciri tambahan baharu, tren empat gerabak memulakan perkhidmatannya beberapa jam selepas percubaan praoperasi terakhir dijalankan anggota utama pasukan projek daripada Pengurusan Bersepadu dan Perkhidmatan Kejuruteraan Prasarana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zohari berkata projek itu antaranya melibatkan baik pulih, pembaikan, kerja-kerja menaik taraf dan menggabungkan 34 set tren dua gerabak kepada 17 set tren empat gerabak.

“Kami memotong bahagian depan tren dua gerabak dan mencantumkannya menjadi tren empat gerabak bersama ciri-ciri baharu dan cantuman kereta api empat gerabak lain akan disiapkan secara berperingkat antara 2018 dan 2020.

“Menjelang 2020, jajaran LRT Kelana Jaya Rapid KL akan menggunakan perkhidmatan tren empat gerabak sepenuhnya,” katanya.

Tren baharu ini juga dilengkapi sistem pelincir rel yang dipertingkatkan bagi mengurangkan bunyi bising di antara rel dan juga permukaan roda, pencahayaan LED baharu dan juga sistem maklumat penumpang untuk infotainment, empat unit CCTV dan kawasan berkerusi roda khusus untuk penumpang kelainan upaya dalam setiap gerabak. – BERNAMA

Tags: Rapid Rail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lapan Mangsa LRT Bertembung Saman Rapid Rail, Prasarana

Lapan Mangsa LRT Bertembung Saman Rapid Rail, Prasarana

27/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Seramai lapan individu menuntut lebih RM860,000 sebagai ganti rugi khas daripada Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail)...

Waktu Puncak LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, Monorel Dipanjangkan Bermula Esok

Waktu Puncak LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, Monorel Dipanjangkan Bermula Esok

29/01/2023
0

KUALA LUMPUR: Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling dan Laluan Monorel Kuala Lumpur akan dipanjangkan pada waktu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd