• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kutuk Serangan Pengganas Di Kabul

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia mengutuk serangan kejam di Pusat Kebudayaan Syiah di Kabul yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh dan mencederakan sejumlah mangsa yang tidak bersalah pada Khamis.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata Malaysia juga menzahirkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam terhadap kerajaan Afghanistan dan anggota keluarga mangsa.

“Adalah menjadi harapan kita bahawa pelaku jenayah yang kejam ini akan segera dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan,” kata kenyataan itu.

CNN melaporkan serangan itu menggegarkan pusat berkenaan yang terletak di tingkat bawah bangunan di kawasan barat bandar terbabit pada kira-kira 10.30 pagi pada Khamis.

Mengikut laporan, sekumpulan orang ramai kurang daripada 100 orang, kebanyakannya pelajar, berhimpun di pusat kebudyaaan itu bagi memperingati ulang tahun pencerobohan Soviet ke atas Afghanistan ketika pengebom menyusup di tengah-tengah perhimpunan ramai itu dan meletupkan peranti terbabit.

Dilaporkan bahawa ISIS mendakwa bertanggungjawab di atas serangan bom bunuh diri di pusat kebudayaan berkenaan. – BERNAMA

Tags: KabulMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Daripada Setiap Lapan Orang Bekerja di Malaysia Pekerja Asing – BERSAMA

Satu Daripada Setiap Lapan Orang Bekerja di Malaysia Pekerja Asing – BERSAMA

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti BERSAMA menyifatkan cadangan pemimpin DAP, Lim Guan Eng supaya pekerja asing dikecualikan daripada kenaikan gaji minimum...

PAS Kesal PMX Anwar Jemput Pemimpin Junta Myanmar Ke Malaysia Dengan Permaidani Merah

PAS Kesal PMX Anwar Jemput Pemimpin Junta Myanmar Ke Malaysia Dengan Permaidani Merah

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kekesalan terhadap tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput dan menerima kunjungan rasmi Min...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd