• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Lelaki Terlibat Kes Samun Kedai Serbaneka Ditahan

oleh Ahmad Albab
30/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis menyelesaikan sekurang-kurangnya dua kes samun kedai serbaneka di sekitar bandar ini selepas menahan lima lelaki dan merampas pelbagai barangan hasil kegiatan jenayah mereka pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh berkata kesemua lima suspek berumur 14 hingga 24 tahun itu ditahan berasingan menerusi dua serbuan di sini yang dilakukan pada Khamis lepas.

Katanya tangkapan pertama melibatkan empat suspek di sebuah kedai mencuci kenderaan di Jalan Tun Dr. Ismail di sini, manakala tangkapan kedua pula dilakukan terhadap seorang suspek di sebuah rumah di Taman Sri Pulasan di sini.

“Beberapa barangan telah dirampas daripada suspek iaitu telefon bimbit, pakaian, pisau dan tiga motosikal,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Dalam kejadian 3.30 pagi (Isnin), mangsa (seorang jurujual) yang sedang bekerja di sebuah kedai serbaneka di Jalan Tun Dr Ismail di sini didatangi tiga suspek yang memakai helmet bertutup penuh yang berpura-pura sebagai pelanggan, sebelum suspek kemudiannya menuju ke kaunter pembayaran lalu meminta wang tunai dan rokok daripada mangsa.

“Mangsa yang ketakutan terus memberikan kesemua wang tunai kepada suspek. Suspek turut memecahkan pintu kaca kedai sebelum melarikan diri menggunakan dua motosikal,” katanya.

Beliau berkata keseluruhan kerugian bernilai kira-kira RM9,842 iaitu wang tunai RM97, rokok pelbagai jenama, kerosakan pintu kaca dan sebuah mesin wang, manakala kesemua suspek direman lima hari mulai semalam. – BERNAMA

Tags: kes samunpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd