• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Sedia 16,000 Anggota Selamat Mangsa Banjir

oleh Ahmad Albab
12/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sejumlah 10,000 anggota tentera dari Markas Satu Divisyen, Kem Muara Tuang dekat sini dan 6,000 askar wataniah akan dikerahkan untuk tugas menyelamat mangsa banjir sekiranya negeri ini dilanda bencana itu.

Panglima Markas Satu Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw berkata, anggota tentera dari Sabah akan turut dikerahkan sekiranya banjir melanda Bahagian Lawas dan Limbang.

Setakat ini 6,000 anggota askar wataniah sudahpun ditempatkan di kawasan-kawasan yang dijangka dilanda banjir, katanya kepada Bernama selepas taklimat pengurusan bencana banjir negeri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Taklimat berkenaan telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Sementara itu dalam sidang akhbar selepas taklimat berkenaan, Jabu berkata, jumlah anggota penyelamat dari pelbagai agensi termasuk polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan adalah mencukupi bagi tugas-tugas menyelamat sekiranya banjir melanda negeri ini.

Jabu berkata, walaupun Jabatan Meteorologi menjangka tidak akan berlaku banjir serius di negeri ini, tetapi memandangkan musim hujan dijangka berlanjutan sehingga Mac tahun ini maka persiapan rapi tetap dilakukan bagi menghadapai sebarang kemungkinan.

“Melihat banjir teruk yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia maka kita telah membuat persiapan yang rapi bagi menghadapai sebarang kemungkinan,” katanya.

Katanya, taklimat hari ini meliputi perkara-perkara seperti mekanisme pengurusan bencana negara, struktur pengurusan bencana negeri Sarawak dan kesiapsiagaan aset dan anggota dalam tindak balas pengurusan bencana di negeri ini.

Menurut Jabu sebanyak 600 pusat pemindahan sudah dikenal pasti selain beberapa pangkalan hadapan di kawasan-kawasan strategik di setiap daerah di negeri ini untuk menyimpan bekalanan makanan dan keperluan lain.

Di samping itu, katanya sebanyak 180 pembekal makanan dan barangan keperluan lain sudah pun dikenal pasti sementara setiap daerah akan dibekalkan dengan 50 jaket keselamatan. – BERNAMA

Tags: ATMmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd