• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Warga Emas Ditemukan Dalam Keadaan Berulat

oleh AK-47
29/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Mayat seorang lelaki warga emas dalam keadaan tidak berpakaian dan berulat dipercayai telah meninggal dunia sejak tujuh hari lepas ditemukan dalam sebuah rumah di Jalan Haji Sulaiman, Berapit di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat lelaki itu dikenali Ooi Chin Seng, 75, pada kira-kira 6.25 petang.

“Mayat warga emas itu dijumpai dalam bilik rumah kayu usang dipercayai miliknya dan berdasarkan siasatan awal, lelaki berkenaan tinggal bersendirian dan dipercayai seorang gelandangan dan meneruskan hidup dengan meminta sedekah,” katanya di sini malam ini.

Katanya pemeriksaan awal oleh polis tidak menemukan sebarang kesan kecederaan pada mayat mangsa dan mayat itu dihempap tilam yang berkemungkinan disandarkan di dinding rumah itu.

“Jiran-jiran warga emas itu berkata mereka tidak mendengar sebarang bunyi yang meragukan dari rumah lelaki berkenaan dan dia juga tidak kelihatan sejak minggu lepas,” katanya dan menurutnya mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Katanya siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah dan merupakan penagih tegar. – BERNAMA

Tags: Kerat Mayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reman Suspek Kes Mayat kerat 8 Disambung

18/10/2019
0

MELAKA - Lelaki warga Singapura yang disyaki terlibat dalam kes penemuan lapan bahagian tubuh mayat manusia, dipercayai milik lebih daripada...

Kepala 2 Beranak Disembunyi Atas Siling Rumah

14/10/2019
0

MELAKA - Kepala dua beranak yang menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila mayat mereka dikerat lapan, Khamis lalu disembunyikan oleh suspek...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd