• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: KSN Minta Ketua Jabatan Lakukan Penggiliran Petugas

oleh Ahmad Albab
12/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penjawat awam yang bertugas dalam operasi banjir perlu digilirkan untuk mengelakkan tekanan di kalangan petugas di kawasan terjejas banjir, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata ketua jabatan seperti daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia perlu melakukan penggiliran petugas ke kawasan terjejas banjir.

“Ramai antara mereka bertungkus lumus sehingga hari ini menjalankan tugas menyelesaikan masalah rakyat sejak banjir bermula pada Disember,” katanya, sambil menambah petugas terlibat perlu diberi ruang rehat secukupnya dan bertemu keluarga.

“Jadi saya ingin meminta ketua-ketua jabatan sekiranya belum melakukan rotation (penggiliran), adakanlah job rotation bagi mengelakkan keletihanserta stres di kalangan petugas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan misi kedua sukarelawan pasca banjir Jabatan Perdana Menteri (JPM) seramai 450 orang ke Perak dan Pahang di dataran Masjid Putra di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Ali berkata penggiliran tugas itu juga harus dilakukan ketua-ketua jabatan terhadap petugas daripada beberapa agensi di peringkat persekutuan, negeri dan daerah yang turut terlibat dalam misi bencana itu.

Beliau berkata langkah penggantian itu boleh dilaksanakan dengan mengambil penjawat awam dari negeri-negeri lain bagi ditempatkan buat sementara waktu di kawasan yang dilanda banjir.

Dalam ucapan ringkasnya kepada para sukarelawan sebelum itu, Ali mahu mereka membuktikan slogan ‘merakyatkan penjawat awam’ bukan sekadar ungkapan dengan melaksanakan tugas sepenuh hati ketika membantu mangsa.

“Letakkanlah diri anda sendiri dalam keadaan mangsa, rasai perasaan mereka dan lakukanlah kerja sukarelawan ini sepenuh hati,” katanya.

Misi sehingga Jumaat itu adalah kali kedua dihantar JPM, selepas misi pertama seramai 5,000 orang dilepaskan timbalan perdana menteri Isnin lepas. – BERNAMA

Tags: Ali Hamsamangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd