• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 Aduan Diterima Berkaitan Susu Rumusan Bayi

oleh Ahmad Albab
24/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Sebanyak 16 aduan berkaitan susu rumusan bayi dipercayai tiruan diterima setakat ini daripada pengguna susulan rampasan produk berkenaan awal bulan ini, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor Khairul Anwar Bachok.

Beliau berkata aduan tersebut meliputi sembilan aduan dari Johor Bahru, enam dari Pontian dan satu dari Batu Pahat.

“Kita telah buat pemeriksaan di premis-premis dan ambil sampel susu untuk dihantar ke makmal Jabatan Kimia untuk diperiksa kandungannya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2017 peringkat Johor di sebuah pusat beli-belah di Senai, dekat sini hari ini.

Berhubung ujian daripada sampel susu rumusan bayi yang dirampas pada 7 Dis lepas, beliau berkata keputusan sampel susu berkenaan hanya akan diketahui pada minggu hadapan.

Menurutnya, ibu bapa yang meragui susu rumusan bayi adalah tiruan, mereka boleh membuat aduan kepada pejabat KPDNKK negeri untuk tindakan susulan.

Khairul Anwar berkata peniaga yang tidak bertanggungjawab dan didapati terlibat dengan penjualan susu rumusan bayi yang dipercayai tiruan akan didakwa mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.

Pada 7 Dis lepas, pihak KPDNKK Johor merampas 210 kotak susu rumusan bayi yang dipercayai tiruan dengan nilai dianggarkan RM42,000 selepas menerima aduan daripada pengeluar susu rumusan bayi jenama berkenaan yang mendapat aduan daripada pengguna,

Berhubung skim kawalan harga itu yang bermula semalam dan akan berakhir pada 27 Dis, beliau berkata pegawai KPDNKK ditempatkan di lokasi yang menjadi tumpuan ramai membeli-belah untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan.

Sementara itu, katanya sehingga 30 Nov tahun ini, KPDNKK Johor telah mengadakan 35,000 pemeriksaan di seluruh negeri dan berjaya merampas barangan bernilai RM1.64 juta yang melibatkan kesalahan antaranya di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat.

Dalam pemeriksaan itu, katanya sebanyak 769 kes atau peniaga didapati melakukan kesalahan dengan 523 telah dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan manakala bakinya dalam proses dikompaun atau dibawa ke mahkamah. – BERNAMA

Tags: Susu Bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Ditemui Mati Dalam Kereta Di Parkir Stesen Minyak

Suami Isteri Bancuh Susu Bayi Guna Air Syabu Didakwa Esok

27/02/2024
0

PETALING JAYA: Suami isteri yang ditahan selepas dikatakan tersilap membancuh susu bayi mereka dengan air syabu di sebuah flat dekat...

Terlanggar Anak Lembu, Wanita Meninggal Dunia Selepas Tiga Hari

Suami Isteri Ditahan, Bancuh Susu Bayi Dengan Air Syabu

25/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Khayal akibat pengambilan dadah, menyebabkan sepasang suami isteri nyaris hampir menyebabkan kematian bayi lelaki mereka selepas tersalah membancuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd